Berita

Jaminan RM10b | Harian Metro

Jaminan RM10b | Harian Metro 1

Jaminan RM10b | Harian Metro 2

KERAJAAN akan meningkatkan jaminan sehingga RM10 bilion lagi dengan RM2 bilion diperuntukkan khusus kepada usahawan Bumiputera.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen semalam berkata, setakat ini, RM25 bilion jaminan diberikan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan.

“Bagi syarikat korporat yang terbabit dalam industri berkemahiran tinggi seperti minyak dan gas serta aeroangkasa, jaminan bernilai RM3 bilion dikhususkan di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin.

“Skim ini akan dilanjutkan hingga tahun 2021 dengan terma dan syarat yang ditambah baik,” katanya.

Menurutnya, bagi menggalakkan aktiviti pemberian kredit yang teratur dan meningkatkan perlindungan pengguna, Akta Kredit Pengguna akan digubal.

Akta ini menyediakan kerangka kawal selia aktiviti berkaitan pemberian kredit pengguna dan memperkukuh penyeliaan ke atas penyedia kredit bukan bank yang pada masa ini tidak diselia.

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti akan menerajui usaha menggubal kawal selia penyedia kredit pengguna.

Sementara itu, kerajaan turut memperuntukkan RM25 juta bagi program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik serta Beli Barangan Buatan Malaysia

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga meluluskan RM150 juta bagi program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital kepada 100,000 usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital di bawah Kempen e-Dagang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS Mikro.

Malah, katanya, sebanyak RM150 juta disediakan bagi inisiatif Perbelanjaan Malaysia Dalam Talian (Shop Malaysia Online) melalui usahasama dengan platform e-dagang utama untuk menggalakkan perbelanjaan secara dalam talian yang akan turut memanfaatkan 500,000 usahawan tempatan termasuk pengusaha produk halal dan kraf tangan.

“Dalam usaha mempromosi barangan dan perkhidmatan keluaran negara di bawah Misi Perdagangan dan Pelaburan sebanyak RM35 juta diperuntukkan.

“Semua peruntukan itu bertujuan menggalakkan penghasilan dan pembelian produk buatan tempatan,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan negara menjadi tumpuan pelaburan terutama dalam pengeluaran vaksin, ubat dan peranti perubatan dalam negara, kerajaan akan memperkasa Program Perjanjian Off-Take Kementerian Kesihatan untuk menarik pelaburan dan potensi pengeluaran ubat dan vaksin pada masa hadapan.

“Sebagai tambahan, bagi menggalakkan syarikat pengeluar produk farmaseutikal termasuk vaksin khususnya vaksin Covid-19 untuk melabur di negara ini, pemberian galakan kadar cukai pendapatan antaranya 0 hingga 10 peratus untuk 10 tahun pertama,” katanya.

Jaminan RM10b | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo