Infotainment

“Jangan Biasakan Pasangan Kita Mesra Dengan Wanita Atau Lelaki Lain” – Haris Ismail

“Jangan Biasakan Pasangan Kita Mesra Dengan Wanita Atau Lelaki Lain” – Haris Ismail 1

Pendakwah bebas Haris Ismail memuat naik satu perkongsian di Instagram memberi peringatan buat kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami untuk menjaga diri dan keluarga agar tidak terpesong daripada landasan Islam.

Haris Ismail

Menerusi hantaran itu, Haris atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail memuat naik beberapa keping gambar nukilan yang ditulisnya dan berkata ianya hanya sekadar peringatan diri sendiri dan tiada paksaan kepada mana-mana pihak.

Haris, 27, menyatakan nasihat agar jangan membiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana itu adalah dilarang dalam Islam. Ujar pendakwah muda itu lagi, situasi hari ini semakin parah apabila terdapat adegan ‘ciuman’ dibuat atas alasan lakonan.

Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita yang dikatakan lakonan sampai cium pun tidak mengapa, boleh diterima.

Dalam hantaran sama, Haris berkata selain ‘beras kita beli’ (tanggungjawab lelaki), yang penting adalah menjaga ahli keluarga kerana perbuatan tersebut merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum lelaki, terutama suami.

Haris Ismail

Suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu turut berkongsi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: “Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu (ahli) rumah daripada api neraka” sebagai tanda peringatan untuk semua.

Pada akhir nukilan, Haris menyeru masyarakat supaya mengubah pemikiran dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam walaupun sekadar lakonan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


“Jangan Biasakan Pasangan Kita Mesra Dengan Wanita Atau Lelaki Lain” – Haris Ismail 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo