Infotainment

“Jangan Letak Diri Sebagai Selebriti..” Zul Ariffin Kongsi Tips Buat Pelakon Baru

"Jangan Letak Diri Sebagai Selebriti.." Zul Ariffin Kongsi Tips Buat Pelakon Baru 1

"Jangan Letak Diri Sebagai Selebriti.." Zul Ariffin Kongsi Tips Buat Pelakon Baru 2

Pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin berkongsi tips kepada pelakon yang baru sahaja menceburi dunia lakonan di Malaysia.

"Jangan Letak Diri Sebagai Selebriti.." Zul Ariffin Kongsi Tips Buat Pelakon Baru 3Zul Ariffin berkata, sikap profesional dan gaya pemikiran adalah dua benda yang patut diamalkan oleh setiap pelakon baharu.

Menurut pelakon filem Sangkar itu lagi, jika pelakon asyik memikirkan untuk menjadi ‘selebriti’ dan ‘artis’, ianya akan menjadi lain namun jika menganggap diri sebagai pelakon yang bekerja, pastinya bakat sentiasa dihargai oleh peminat.

“Zaman sekarang, ramai pelakon yang fokus untuk meletakkan diri mereka sebagai seorang selebriti, bagi saya ia agak sukar. Orang ramai boleh memanggil saya sebagai selebriti dan sebagainya. Tetapi apa yang ada dalam minda sya, saya hanya pelakon yang bekerja di set penggambaran.”

Tambahnya lagi, jika sentiasa membawa ‘mindset’ itu dalam dunia lakonan, senang bagi pelakon itu untuk membawa diri dan jika ada yang cakap pelakon tidak mencapai jangkaan tertentu, tiada perasaan tertekan kerana niat utama bukanlah untuk menjadi popular tapi hanya untuk berlakon.

Perkembangan terkini, Zul kini sibuk di lokasi penggambaran telefilem Penunggang Agama yang dijangka bakal menemui penonton pada tahun hadapan.

Telefilem yang mengisahkan seorang suami yang kuat agama berhadapan cabaran dan dugaan apabila ahli keluarganya mengalami gangguan makhluk halus. Penunggang Agama turut dibintangi pelakon hebat seperti Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan dan Johan Asari.

Sumber : Astro Gempak



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



"Jangan Letak Diri Sebagai Selebriti.." Zul Ariffin Kongsi Tips Buat Pelakon Baru 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo