Infotainment

“Jangan Nak Hentam Je..” Tauke Jambu Minta Peminat Jangan Cepat Buat Spekulasi

“Jangan Nak Hentam Je..” Tauke Jambu Minta Peminat Jangan Cepat Buat Spekulasi
“Jangan Nak Hentam Je..” Tauke Jambu Minta Peminat Jangan Cepat Buat Spekulasi 1

Setelah mendiamkan diri hampir seminggu setelah dikecam teruk oleh netizen gara-gara melakukan gimik kahwin semata-mata untuk mempromosikan produk kesihatan, Tauke Jambu akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Ujar Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria,45, tindakannya itu hanya ingin mengajar netizen di luar sana untuk lebih bersabar dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi secara melulu.

Tambahnya lagi, keadaan sekarang membuatkan seseorang itu kreatif dan mempunyai cara tersendiri bagi menjana ekonomi masing-masing.

Sehubungan itu, Tauke berharap netizen di luar sana lebih teliti dalam memberi sebarang komen dan spekulasi.

Ini mengajar kita untuk bersabar dan menunggu segala keputusan baru lah kita tentukan dan komen jangan nak hentam je.

Meskipun menerima kecaman hebat daripada segelintir pengguna media sosial, Tauke berkata dia sama sekali tidak berkecil hati dengan pandangan negatif yang diberikan kepadanya.

Menyentuh soal menggunakan isu perkahwinan yang disifatkan sebagai keterlaluan dan sensitif  oleh sesetengah pihak, Tauke berkata tiada apa yang perlu diperbesarkan dan menganggap perkara itu hanya ‘main kahwin-kahwin’.

Pasal isu kahwin itu pula samalah macam zaman kecil dulu mesti ramai pernah main kahwin-kahwin. Jadi macam saya ni baru nak hidup semula lepas buat banyak salah, jadi saya ibaratkan macam tu lah.

Terdahulu, tular video di TikTok di mana Tauke yang lengkap berbaju Melayu berwarna putih seperti sedang dalam sebuah majlis pernikahan bersama seorang wanita yang digelar sebagai Shu.

Ia sekaligus mengundang kecaman netizen dan beberapa hari selepas itu, Tauke kemudian memuat naik video penuh yang menunjukkan dia dan wanita berkenaan hanya melakonkan aksi pernikahan bagi tujuan mempromosikan produk kesihatan.

Pernikahan Tauke Jambu dan Shu sekadar gimik


6 hari lalu

Sekadar Gimik, Majlis Perkahwinan Tauke Jambu Hanya Untuk Iklan Jual Produk


“Jangan Nak Hentam Je..” Tauke Jambu Minta Peminat Jangan Cepat Buat Spekulasi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo