Infotainment

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu!

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 1

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 2

Hilang kerja dan hilang punca pendapatan semasa penularan COVID-19 ni adalah bukan benda yang biasa dah kita dengar. Terutamanya anda yang dalam Golongan Pertengahan 40% (M40). Ramai yang mengalami nasib yang sama disebabkan ekonomi negara yang tak stabil sejak COVID-19 ‘menetap’ di negara kita ni.

Jangan risau! Selepas Belanjawan 2021 dibentang pada 6 November lepas, banyak inisiatif yang anda boleh dapat. Untuk info anda, sebenarnya pelbagai bantuan telah pun mula dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 3

Menurut Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, secara tak langsungnya golongan M40, selain B40 adalah salah satu penerima manfaat yang utama melalui PRIHATIN dan PRIHATIN PKS TAMBAHAN (RM260 bilion), PENJANA (RM35 bilion), dan KITA PRIHATIN (RM10 bilion) – yang berjumlah RM305 bilion ataupun 20.7% daripada KDNK.

Wahh banyak kan jumlah yang diperuntukkan. Jadi, anda jangan rasa terpinggir pulak. Apa kata anda usha dulu inisiatif-inisiatif yang anda boleh dapat bagi golongan M40 ni okay! Banyak gais, dan antara salah satunya adalah anda boleh memiliki rumah pertama. Wow!

Inisiatif Untuk Golongan M40

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 4

1. Habuan Cukai

Kata Tengku Zafrul, aspek pencukaian adalah antara habuan utama yang memanfaatkan golongan M40. Ianya adalah salah satu inisiatif utama untuk meringankan beban kewangan rakyat semasa COVID-19 sekarang ini bila menurunkan kadar cukai pendapatan.

Kerajaan bersetuju agar kadar cukai pendapatan untuk individu pamastautin diturunkan sebanyak 1% bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 setahun! Dan dijangka sebanyak 1.4 juta pembayar cukai dapat manfaat ini. Anda lah salah seorangnya. Untungnya kan?

2. Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Untuk menggalakkan simpanan hari tua, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS akan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.

Antara insentif cukai yang lain termasuk peningkatan had pelepasan cukai bagi gaya hidup daripada RM2,500 kepada RM3,000; dan pemotongan cukai bagi perbelanjaan yuran penggajian sehingga RM7,000 temasuk kursus ‘up-skilling’ dan ‘self-enhancement’ dalam mana-mana bidang yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Belanjawan 2021 juga memberi pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan vaksinasi diri sendiri, pasangan dan anak. Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan yang melibatkan kesemua mereka di atas juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.

Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000. Bagi perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa, ia juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

3. Kelonggaran KWSP

Selain golongan B40, individu M40 yang layak juga boleh menggunakan kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1, sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan.

Permohonan dibuka mulai Januari tahun depan dan ia dijangka melibatkan RM4 bilion keseluruhannya. Kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini untuk membantu terutamanya anda yang kehilangan pekerjaan sambil meringankan beban kewangan 600,000 ahli yang terjejas.

Ia merupakan langkah tambahan kepada kemudahan pengeluaran i-Lestari KWSP (RM500 sebulan selama 12 bulan, jumlah: RM6,000) yang diumumkan pada bulan April yang melibatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

Gabungan pengeluaran i-Lestari (RM6,000) dan Akaun 1 (RM6,000) juga akan memberikan jumlah pengeluaran tunai sebanyak RM12,000 bagi setiap anda yang layak termasuk golongan M40. Jadi jumlah keseluruhannya adalah RM15.6 bilion.

Ada lagi…Kerajaan juga mengumumkan penurunan caruman KWSP pekerja daripada 11% kepada 9% selama setahun mulai Januari 2021. Semua ni dibuat sebabnya nak bantu supaya dapat tampung perbelanjaan harian semasa COVID-19 berlaku ni.

Bukan itu jer, KWSP juga akan membenarkan anda membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga anda. Yang paling penting ianya diluluskan oleh KWSP.

Insentif belanjawan 2021 untuk M40 yang dibuang kerja: kemudahan self-declaration untuk dapat bantuan pinjaman bank, pengeluaran akaun 1 KWSP dan Elaun Mencari Pekerjaan.

Akaun 1 Boleh Dikeluarkan

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 5

Selain itu, KWSP juga baru mengumumkan tentang skim i-Sinar, iaitu pengeluaran wang dalam Akaun 1 untuk pencarum yang terjejas dengan COVID-19. Skim ini akan memberi manfaat kepada dua juta pencarum, dengan anggaran dana berjumlah RM14 bilion.

Bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke bawah dalam Akaun 1, anda mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.

Bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke atas dalam Akaun 1 pula, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM60,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000. Anda yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Sebagai contoh, anda yang mempunyai simpanan RM4,500 boleh membuat pengeluaran sebanyak RM4,400 (iaitu melebihi 10 peratus, dengan baki selepas pengeluaran sebanyak RM100).

Pengeluaran akan dibuat secara berkala sehingga enam bulan.

Anda yang layak adalah mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan, dan boleh membuat permohonan bermula Disember ini, dengan pengeluaran pertama bermula Januari 2021.

Skim ni berbeza dengan skim i-Lestari kerana pemohon i-Sinar perlu menggantikan semula wang yang dikeluarkan menerusi caruman pada masa akan datang.

Caruman baru akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

4. Moratorium Pembayaran Pinjaman

Disebabkan COVID-19 ni juga, ramai golongan M40 yang terjejas. Dan disebabkan ini, anda digalakkan untuk memohon fleksibiliti moratorium daripada pihak bank untuk menstruktur semula pinjaman mereka atau menjadualkan semula pembayaran ansuran.

Untuk peminjam daripada golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Anda hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik di mana kemudahan ini akan bermula pada Disember 2020.

5. Pemilikan Rumah

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 6

Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama yang bernilai sehingga RM500,000 adalah salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan anda memiliki rumah buat kali pertama.

Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang akan bermula antara 1 Januari 2021 dan 31 Disember 2025.

Polisi mesra pembeli ini akan menggalakkan pemilikan rumah pertama kepada anda dari kumpulan B40 dan M40 yang kalau selama ini macam-macam cabaran yang kena tempuh untuk memiliki rumah sendiri. Betul tak? Jadi Inisiatif kerajaan ini tepat masanya dan ia akan mendorong anda mengambil langkah pertama bagi memiliki rumah.

Kerja Tak Ada, Apa Yang Boleh Buat?

Kami tak ada kerja sekarang ni, apa yang boleh dilakukan? Jangan risau, anda boleh check out kat bawah ni okay!

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 7

1. Elaun Mencari Pekerjaan

Kerajaan telah memperuntukkan RM150 juta bagi pemberian Elaun Mencari Pekerjaan bagi golongan yang kehilangan kerja.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peruntukan itu bagi menampung elaun yang akan disambung untuk tempoh tiga bulan lagi pada tahun depan.

Peruntukan itu akan disalurkan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk menjayakan program mencari pekerjaan bagi anda yang diberhentikan kerja akibat kesan penularan COVID-19.

Elaun ini diberi selama enam bulan tau. Bulan pertama layak menuntut 80 peratus daripada jumlah gaji dan secara beransur-ansur berkurang kepada 30 peratus daripada gaji.

Bagi tahun 2021, tempoh Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama tiga bulan dan kadar layak menuntut daripada 80 peratus gaji bagi bulan pertama, 50 peratus bagi bulan kedua hingga keenam dan seterusnya 30 peratus bagi tiga bulan terakhir.

2. Pelbagai Program Peningkatan Kemahiran

Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 8

Ini adalah peluang kedua untuk anda yang kehilangan kerja. At least ada juga ruang untuk bernafas semula.

Peruntukan kerajaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya dalam bentuk program ‘place and train’ melalui kursus ‘reskilling’ dan ‘upskilling’ sebagai langkah baik. Dan peluang yang patut anda grab.

Sebanyak RM3.7 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang membabitkan penyediaan 500,000 peluang pekerjaan baharu termasuk pelaksanaan pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula. Amacam?

3. Geran Keusahawanan

Bantuan pembayaran pinjaman ditambah baik kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000:
– Tangguh ansuran bulanan selama 3 bulan, atau
– Kurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Peminjam M40 juga akan dipermudahkan dari segi proses permohonan bantuan bayaran balik. Fleksibiliti ini bermula Disember 2020.

SME Bank akan menyediakan dana kemudahan pembiayaan Skim Lestari Bumi sebanyak RM300 juta bagi menggalakkan transformasi perniagaan mikro dan kecil Bumiputera.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bagi membantu kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berurusan dalam pembekalan kepada kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kerajaan juga akan memperkenalkan platform pembayaran digital rantaian bekalan nasional ataupun National Supply Chain Finance Platform.

Platform yang diberi nama ‘JanaNiaga’ ini akan memanfaatkan PKS yang mengalami masalah aliran tunai disebabkan tempoh pembayaran invois yang lama dan mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

Jadi tiada istilah M40 dipinggirkan kalau anda baca apa yang kami sediakan ni. Inisiatif-inisiatif ini adalah untuk membantu anda yang kehilangan kerja dan juga untuk mencari peluang mencari kerja lain. Jangan risau kerana kerajaan kita sentiasa nampak dan sentiasa akan bantu anda!



Jangan Risau! Golongan M40 Tak Dilupakan & Banyak Inisiatif Yang Anda Perlu Tahu! 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo