Infotainment

Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum

Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum 1

Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum 2

Tipu sangat kalau cakap anda tak risau tentang status pekerjaan sekarang ni kan? Ni yang masih ada kerja, belum lagi anda yang dah hilang kerja. Lagi terasa sakitnya! Ye lah macam mana nak survive untuk hari seterusnya kan?

Dengan keadaan wabak pandemik yang tak tunjukkan langsung untuk hilang dari negara kita ni. Entah bila lah ia akan ‘stay’ dengan kita nih. Risaunya lahai. Tapi yang penting anda patuhi SOP okay! Jaga diri sentiasa.

Sebut pasal pekerjaan ni, pasni anda dah boleh senyum sampai telinga dah! Faham dengan keadaan pandemik yang berlaku sekarang, dalam #Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari Jumaat lepas ternyata memberikan sedikit sinar harapan untuk anda yang hilang kerja ni.

Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum 3

Beberapa strategi dah pun dibentangkan untuk menjana dan mengekalkan pekerjaan. Sejak COVID-19, memang tak dapat dinafikan ramai hilang kerja dan menganggur. Kecoh sekejap bila haritu perniagaan apa pun tak boleh dijalankan. Tapi lepas kerajaan buka semula ekonomi dan melaksanakan PRIHATIN dan PENJANA, kadar pengangguran telah turun.

500 Ribu Peluang Pekerjaan!

Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum 4

Berita baik untuk anda, untuk tahun hadapan, Kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang melibatkan 500 ribu peluang pekerjaan baharu termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan Kerajaan sebanyak 3.7 bilion ringgit. Wow! Ada peluang untuk nak apply kerja tu nanti.

Langkah 1: Insentif PenjanaKerjaya

Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah PERKESO yang kini dikenali sebagai PenjanaKerjaya dengan beberapa penambahbaikan. Jom check out kat bawah ni.

1. Insentif untuk pekerja bergaji 1,500 ringgit ke atas akan dinaikkan 800 ringgit sebulan, 40 peratus daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum 4,000 ringgit sebulan;

2. Majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20%, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60% untuk menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan.

3. Insentif khas sebanyak 60% daripada gaji bulanan disediakan dengan 40% disalurkan terus kepada majikan dan 20% kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing. Ini untuk sektor yang ada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan.

4. Bagi mereka yang telah diambil bekerja di bawah PenjanaKerjaya, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada 4,000 kepada 7,000 ringgit bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional. Amacam?

Bukan ini jer, ada lagi gais. Kerajaan ada juga melaksanakan reskilling dan upskilling. Benda apa pulak ni? Meh baca kat bawah ni. Jangan malas!

Langkah 2: Reskilling dan Upskilling

Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum 5

Program peningkatan kemahiran dan latihan semula atau reskilling and upskilling jugak akan dilaksanakan. Bsanyak juga dana yang diperuntukkan untuk program-program yang boleh bukak peluang pekerjaan pada anda. Anda boleh tengok kat bawah ni okay!

1. Program Kementerian Pengajian Tinggi persijilan profesional (KPT-PACE) iaitu graduan baharu ditawarkan baucar bernilai 3,000 ringgit seorang untuk mengambil kursus sijil profesional di universiti awam dan swasta. Wuu..banyak tu!

2. Pembangunan Sumber Manusia Berhad atau HRDF, program latihan dan kerja secara usahasama dengan majikan sektor swasta;

3. MDEC untuk memudahkan peralihan bakat tenaga kerja sedia ada bagi mengisi keperluan dalam industri ICT yang sekarang ni kian mengembang;

4. Peruntukan kepada pihak berkuasa pembangunan wilayah terutamanya IRDA dan SEDIA untuk melengkapkan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan bagi pelancong asing agar memudahkan mereka mendapat peluang kerja atau sumber pendapatan baharu.

5. Peruntukan untuk PERHEBAT bagi program latihan kemahiran dan keusahawanan yang dijangka memanfaatkan 12 ribu veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Semua ni dibuat untuk menggalakkan anda meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu.

Langkah 3: MySTEP

Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum 6

Kerajaan juga akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme dengan peruntukan lebih 700 juta ringgit. Inisiatif ini akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2021.

Di bawah inisiatif ini, 35 ribu peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam. Manakala syarikat GLC pula akan menyediakan 15 ribu peluang pekerjaan yang mengutamakan bidang teknikal dan kewangan.

Langkah 4: Program Subsidi Upah Bersasar

Menerusi pakej-pakej rangsangan, subsidi upah juga disediakan sehingga sembilan bulan. Kerajaan juga membiayai Program Subsidi Upah, PERKESO yang membantu 2.7 juta pekerja dan lebih daripada 330 ribu majikan.

Walau bagaimanapun, masih ramai pekerja terkesan, terutamanya dalam sektor pelancongan. Dengan ini, Kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan.

Selain itu, had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja. Sebanyak 1.5 bilion ringgit diperuntukkan dan dijangka akan membantu kira-kira 70 ribu majikan dan 900 ribu pekerja.

Beri Sinar Baharu!

Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum 7

Jadi pada anda yang memerlukan kerja, jangan risau. Dengan apa yang disediakan kerajaan ini diharapkan dapat membantu anda di masa hadapan! Kedatangan wabak pandemik COVID-19 bukan penghalang untuk anda terus bermuram okay. Masih ada peluang dan sinar untuk anda!



Jangan Risau! Peluang Kerja Baharu Ini Pasti Buat Anda Tersenyum 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo