Artikel Terkini

Jangan tertipu iklan pelaburan guna gambar MB Kedah

Jangan tertipu iklan pelaburan guna gambar MB Kedah
Jangan tertipu iklan pelaburan guna gambar MB Kedah 1

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan satu iklan pelaburan di media sosial yang menggunakan gambarnya.

Muhammad Sanusi memberi peringatan itu menerusi akaun Facebooknya dengan turut memuat naik gambar iklan tersebut.

“Ini ‘scammer’ guna gambar saya. Harap jangan ada yang tertipu,” katanya.

Iklan tersebut memaparkan tentang satu pelaburan didakwa patuh syariah serta menggunakan operasi mudah, pantas, selamat dan boleh dipercayai.

Selain itu, pelaburan ditawarkan juga sukar dipercayai apabila mendakwa pelabur boleh mendapat keuntungan dalam masa empat jam.

Pelabur didakwa boleh mendapat keuntungan RM9,000 dengan pelaburan RM300, RM16,000 untuk pelaburan berjumlah RM500 serta RM29,000 untuk pelaburan bernilai RM1,000.

Paparan iklan itu turut meletakkan logo beberapa bank terkemuka negara.

 

Jangan tertipu iklan pelaburan guna gambar MB Kedah 2

Sebelum ini, taktik sama sering digunakan pemilik perniagaan atau produk-produk tertentu terutama kecantikan yang menyunting wajah artis-artis terkenal bersama produk masing-masing.

Ia dilakukan tanpa persetujuan daripada artis terbabit.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warga maya mengecam tindakan tersebut.

Namun ada juga yang menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang kelakar.

Sebelum ini selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat suntingan terhadap gambarnya bagi tujuan mempromosikan satu produk. – KOSMO! ONLINE


Jangan tertipu iklan pelaburan guna gambar MB Kedah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo