Infotainment

Jatuh Lubang Ketika Berbasikal, Akaun Twitter JKR Kuala Langat Mohon Maaf Kepada KJ

Jatuh Lubang Ketika Berbasikal, Akaun Twitter JKR Kuala Langat Mohon Maaf Kepada KJ 2

Jika anda berada di media sosial sepanjang hujung minggu lalu atau setidaknya semalam, pasti anda akan perasan perkembangan mengenai menteri dan ahli parlimen Khairy Jamaluddin atau KJ yang terlibat dalam kemalangan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu pada semalam melalui perkongsian di Twitter memberitahu beliau telah kemalangan dan terjatuh ke dalam lubang ketika sedang melakukan aktiviti berbasikal di kawasan yang tidak dimaklumkan.

Khairy dalam kemalangan berkenaan difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius selain daripada luka dan lebam di mukanya seperti yang dikongsikan melalui gambar yang dimuat naik beliau di sosial media.

Walaupun tidak menyatakan lokasi kemalangan atau jalan berlubang berkenaan, namun respon daripada akaun Twitter yang mendakwa diri mereka sebagai JKR Kuala Langat mencuri perhatian netizen.

Melalui ciapan balas yang dibuat kepada ahli parlimen Rembau itu, akaun berkenaan memohon maaf kepada Khairy di atas kejadian tersebut.

“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh,” tulis mereka di Twitter.

jkr

Ciapan permohonan maaf oleh akaun Twitter JKR Kuala Langat

Walaupun ciapan berkenaan tidak memaklumkan kejadian kemalangan, namun permohonan maaf oleh akaun berkenaan menjadi perbualan dalam kalangan netizen.

Bukan saja mengatakan mereka perlu melakukan penambahbaikan dan bukannya memohon maaf, namun ianya seakan memberi bayangan kejadian berkenaan berlaku di kawasan sekitar Kuala Langat.

Baca juga perkongsian lain kami mengenai KJ di media sosial sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Tidak Mahu Dan Sila Cucuk Menteri Dahulu’- KJ Kongsi Gelagat Netizen Facebook Tidak Percaya Vaksin

Khairy Jamaluddin Sahkan Sandbox Wujud Di Malaysia Buat Peminat Drama Start-Up Terkejut

Khairy Jamaluddin Hentam Peniaga ‘Online’ Jual Produk Penipu




Jatuh Lubang Ketika Berbasikal, Akaun Twitter JKR Kuala Langat Mohon Maaf Kepada KJ 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo