Infotainment

Jawi urus 4,281 jenazah Covid-19

Jawi urus 4,281 jenazah Covid-19
Jawi urus 4,281 jenazah Covid-19 1

PUTRAJAYA: Setakat semalam, Pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah menguruskan 4,281 jenazah Covid-19.

Jawi dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, secara purata kira-kira 20 jenazah yang meninggal akibat Covid-19 diuruskan pasukan berkenaan setiap bulan.

Menurutnya, biarpun kes semakin berkurang, tugasan menguruskan jenazah Covid-19 berjalan seperti biasa dengan kekuatan 91 petugas iaitu 67 lelaki dan 24 wanita.

“Pasukan ini masih lagi menggunakan Garis Panduan Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Covid-19 Wilayah Persekutuan (Fasa Peralihan ke Endemik).

“Garis panduan itu turut merujuk kepada Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Dijangkiti Covid-19 Edisi 2022 terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Kenyataan itu menambah, bagi setiap sesi, empat petugas lelaki ditugaskan bagi menguruskan jenazah lelaki manakala, tujuh petugas wanita bagi jenazah wanita.

Bagaimanapun, katanya, bermula 19 Jun lalu, jenazah Islam dibenarkan untuk dimandi dan dikapankan dengan amalan serta langkah berjaga-jaga yang sudah ditetapkan.

Jelasnya lagi, sebahagian ahli pasukan pengurusan jenazah Covid-19 turut melaksanakan tugasan hakiki sebagai pengurus jenazah Islam tidak berwaris.

Berdasarkan data terkini, Jawi berkata, sebanyak 2,363 jenazah lelaki dan 1,918 jenazah wanita diuruskan pasukan petugas itu sejak awal tahun lalu.

Katanya, kumpulan usia 41 hingga 60 tahun paling ramai diuruskan dengan 1,735 jenazah diikuti 1,620 jenazah (61 hingga 80 tahun), 585 jenazah (21 hingga 40 tahun, 81 hingga 100 tahun (291 jenazah) dan 0 hingga 20 tahun (48 jenazah).

“Bilangan jenazah paling ramai diuruskan di Hospital Kuala Lumpur dengan 1,943 jenazah diikuti Hospital Ampang (720 jenazah) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM masing-masing dengan 572 jenazah,” katanya. – UTUSAN


Jawi urus 4,281 jenazah Covid-19 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo