Berita

Jenama tempatan jadi pilihan pembeli

Jenama tempatan jadi pilihan pembeli 2

Kuala Lumpur: Hampir tujuh dalam 10 pengguna Malaysia (69 peratus) membeli lebih banyak jenama tempatan dalam usaha membantu perniagaan itu bangkit semula daripada pandemik Covid-19, menurut Kajian Sentimen Pengguna ASEAN UOB.

Kajian itu juga mendapati 60 peratus pengguna Malaysia yang ditinjau berbelanja lebih banyak di perniagaan yang menyokong kehidupan dan punca pendapatan yang terjejas akibat Covid-19.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara bagi Perbankan Perniagaan, UOB Malaysia, Raymond Chui berkata, sentimen positif dalam tinjauan ini merupakan pendorong semangat bagi perniagaan tempatan Malaysia yang terjejas susulan langkah mengekang penularan Covid-19.

“Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk menyokong perniagaan tempatan boleh dan dapat membawa perubahan lebih baik. Apabila jenama tempatan dipilih, ini bermakna potensi jualan yang lebih tinggi untuk perniagaan Malaysia, yang seterusnya akan membantu meningkatkan keyakinan pemilik dan kakitangan,” katanya dalam kenyataan berhubung kajian tersebut, hari ini.

Kajian itu mendapati aliran itu lebih ketara di Malaysia berbanding di Thailand (67 peratus), Vietnam (58 peratus) dan Singapura (51 peratus) manakala Indonesia menunjukkan pilihan pengguna terhadap produk tempatan yang lebih tinggi, iaitu pada 72 peratus.

Beliau berkata adalah sesuatu yang menggalakkan apabila lebih ramai pengguna dan perniagaan sanggup beralih ke Internet untuk membeli dan menjual barangan.

“Ini dapat dilihat melalui peningkatan untuk jualan dalam talian sebanyak 41 peratus tahun ke tahun bagi pelanggan perniagaan runcit bank ini sejak Mac hingga Oktober tahun ini,” katanya.

53 peratus responden kajian itu menjelaskan mereka akan berhenti membeli daripada jenama yang tidak bertanggungjawab atau yang mengambil kesempatan ke atas pengguna semasa pandemik.

Chui berkata sejajar dengan kempen kebangsaan #kitajagakita (kita saling menjaga antara satu sama lain), pengguna juga menggunakan kuasa belanja mereka untuk membeli daripada perniagaan yang berusaha membantu masyarakat memerangi Covid-19.

“Trend ini menunjukkan betapa pentingnya untuk perniagaan beroperasi secara bertanggungjawab. Syarikat yang mempunyai amalan perniagaan yang bertanggungjawab kemungkinan lebih maju dalam jangka panjang,” katanya.

Kajian itu turut menunjukkan akibat pandemik ini, pengguna Malaysia mengutamakan perbelanjaan dalam talian untuk penghantaran makanan (91 peratus), barangan runcit (89 peratus), makanan kesihatan tambahan (84 peratus), produk kecantikan peribadi (85 peratus) dan pakaian (88 peratus).

Jenama tempatan jadi pilihan pembeli 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo