Berita

Jenama tempatan pilihan ramai | Harian Metro

Jenama tempatan pilihan ramai | Harian Metro 2

HAMPIR tujuh dalam 10 pengguna Malaysia (69 peratus) membeli lebih banyak jenama tempatan dalam usaha membantu perniagaan bangkit semula daripada pandemik Covid-19.

Berdasarkan Kajian Sentimen Pengguna ASEAN UOB, ia mendapati 60 peratus pengguna Malaysia yang ditinjau berbelanja lebih banyak di perniagaan yang menyokong kehidupan dan punca pendapatan yang terjejas akibat Covid-19.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara bagi Perbankan Perniagaan, UOB Malaysia, Raymond Chui berkata, sentimen positif dalam tinjauan ini adalah pendorong semangat bagi perniagaan tempatan Malaysia yang terjejas susulan langkah mengekang penularan Covid-19.

“Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk menyokong perniagaan tempatan boleh dan dapat membawa perubahan lebih baik. Apabila jenama tempatan dipilih, ini bermakna potensi jualan yang lebih tinggi untuk perniagaan Malaysia yang seterusnya akan membantu meningkatkan keyakinan pemilik dan kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai kajian itu, semalam.

Kajian itu mendapati aliran itu lebih ketara di Malaysia berbanding di Thailand (67 peratus), Vietnam (58 peratus) dan Singapura (51 peratus) manakala Indonesia menunjukkan pilihan pengguna terhadap produk tempatan yang lebih tinggi iaitu pada 72 peratus.

Menurutnya, adalah sesuatu yang menggalakkan apabila lebih ramai pengguna dan perniagaan sanggup beralih ke Internet untuk membeli dan menjual barangan.

“Ini dapat dilihat melalui peningkatan untuk jualan dalam talian sebanyak 41 peratus tahun ke tahun bagi pelanggan perniagaan runcit bank ini sejak Mac hingga Oktober tahun ini,” katanya.

Sebanyak 53 peratus responden kajian itu menjelaskan mereka akan berhenti membeli daripada jenama yang tidak bertanggungjawab atau yang mengambil kesempatan ke atas pengguna ketika pandemik.

Chui berkata, sejajar dengan kempen kebangsaan #kitajagakita, pengguna juga menggunakan kuasa belanja mereka untuk membeli daripada perniagaan yang berusaha membantu masyarakat memerangi Covid-19.

“Trend ini menunjukkan betapa pentingnya untuk perniagaan beroperasi secara bertanggungjawab. Syarikat yang mempunyai amalan perniagaan yang bertanggungjawab kemungkinan lebih maju dalam jangka panjang,” katanya.

Kajian itu turut menunjukkan akibat pandemik ini, pengguna Malaysia mengutamakan perbelanjaan dalam talian untuk penghantaran makanan (91 peratus), barangan runcit (89 peratus), makanan kesihatan tambahan (84 peratus), produk kecantikan peribadi (85 peratus) dan pakaian (88 peratus).

Sementara itu, dalam menyediakan saluran baharu kepada perniagaan untuk menarik pelanggan, UOB Malaysia melancarkan Move Your Business Online (MYBO) yang juga penyelesaian e-dagang yang membantu perniagaan kecil tempatan dalam sektor runcit untuk membangunkan keupayaan jualan dalam talian mereka.

Melalui MYBO, perniagaan seperti ini dengan mudah dapat mewujudkan laman web e-dagang yang disesuaikan dalam tempoh tiga hari, lengkap dengan keupayaan pembayaran dan penghantaran bagi membolehkan mereka mencapai lebih ramai pelanggan dalam talian.

UOB Malaysia juga telah bekerjasama dengan StoreHub bagi memenuhi keperluan pengendali kedai makanan dan minuman (F&B).

Pelanggan perniagaan F&B bank ini menikmati fi langganan yang lebih rendah untuk sistem pengendalian restoran berasaskan tablet StoreHub dan khidmat penghantaran makanan dalam talian, Beep Delivery, selain penjimatan kos jangka panjang apabila menggunakan penyelesaian pengurusan perniagaan semua dalam satu StoreHub.

Jenama tempatan pilihan ramai | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo