Infotainment

Jenama Uniqlo Dan Zara Disyaki Terlibat Dalam Jenayah Buruh Paksa Umat Islam Uighur

Jenama Uniqlo Dan Zara Disyaki Terlibat Dalam Jenayah Buruh Paksa Umat Islam Uighur

Jenama Uniqlo Dan Zara Disyaki Terlibat Dalam Jenayah Buruh Paksa Umat Islam Uighur 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Mahkamah Perancis telah memulakan siasatan terhadap jenama fesyen terkenal yang disyaki terlibat dalam jenayah terhadap kemanusiaan di wilayah Xinjiang China.

Mahkamah mengatakan bahawa jenama terbabit telah menyembunyikan amalan buruh paksa terhadap umat Islam Uighur dalam proses pengeluaran barangan mereka.

Media antarabangsa mengatakan jenama seperti Uniqlo, Zara, SMCP dan Skechers menjadi subjek penyiasatan.

Inditex, syarikat induk dari Zara telah menolak dakwaan tersebut, sambil menambah bahawa mereka terikat dengan kawalan kemasukan pekerja yang ketat dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan siasatan ini.

SMCP yang berpangkalan di Perancis juga mengambil langkah sama dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis untuk membuktikan tuduhan itu salah.

Manakala pihak jenama Uniqlo belum memberikan apa-apa komen. Skechers pula menyatakan bahawa mereka tidak ada komen ke atas siasatan yang dijalankan ke atas jenama terbabit.

Sebelum ini, jenama popular lain seperti H&M, Burberry, hingga Nike telah menerima kesan boikot pengguna di China setelah masuk campur mengecam dakwaan amalan buruh paksa di Xinjiang.

Pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang telah menjadi perhatian dunia dalam beberapa tahun terakhir. Pada bulan Mac, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Kanada menjatuhkan hukuman sekatan ke atas China disebabkan isu terbabit.

Pakar dan kumpulan hak asasi manusia menganggarkan lebih daripada satu juta orang, terutama Uighur dan minoriti Muslim lain, telah ditahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam sistem kem yang luas di wilayah Xinjiang barat China.

Tolak penggunaan kapas hasil ‘buruh paksa’ Muslim Uighur, China pilih untuk boikot Nike dan H&M. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tolak Penggunaan Kapas Hasil ‘Buruh Paksa’ Muslim Uighur, China Pilih Untuk Boikot Nike Dan H&M



Jenama Uniqlo Dan Zara Disyaki Terlibat Dalam Jenayah Buruh Paksa Umat Islam Uighur 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo