Berita

Jerut anak gadis tak restu calon menantu

Jerut anak gadis tak restu calon menantu 1

Jerut anak gadis tak restu calon menantu 2

New Delhi: Malang bagi seorang gadis di Mumbai, India apabila ibu bapa dan abang tergamak berpakat cuba membunuhnya, baru-baru ini.

Ia selepas remaja berusia 19 tahun itu berdegil dan mahu meneruskan hasrat berkahwin dengan lelaki tidak disukai ahli keluarganya.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan pada hari kejadian, ibu bapa dan abang remaja itu mengajak mangsa keluar bersiar-siar di pantai Suruchi di Vasai.

Ketika sampai di satu lokasi, ahli keluarga remaja terbabit menjerut leher mangsa dengan skaf dipakainya.

Selepas melihat mangsa seperti tidak bernyawa lagi, mereka menghumban remaja itu ke dalam semak di kawasan berhampiran pantai.

Bagaimanapun, mangsa sebenarnya hanya pengsan sebelum ditemui seorang pejalan kaki.

Individu berkenaan melaporkan penemuan remaja itu kepada pihak berkuasa dan mangsa dibawa ke hospital berhampiran.

Apabila tersedar, mangsa hanya mampu menangis sebelum menceritakan kejadian kepada polis.

Susulan kejadian itu, polis menahan ibu bapa remaja itu yang berusia 50 dan 55 tahun serta abang mangsa berusia 25 tahun.

Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati ibu bapa dan abangnya menentang hubungan cinta remaja berkenaan.

Mereka cuba memujuk mangsa untuk tidak meneruskan hubungan itu, namun gagal.

Jerut anak gadis tak restu calon menantu 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo