Infotainment

‘Jika Betul Kahwin Tidaklah Tanggung Dosa, Kasihan Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Seperti Cowboy’ – Puteri Sarah

‘Jika Betul Kahwin Tidaklah Tanggung Dosa, Kasihan Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Seperti Cowboy’ – Puteri Sarah
‘Jika Betul Kahwin Tidaklah Tanggung Dosa, Kasihan Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Seperti Cowboy’ – Puteri Sarah 1

‘Jika Betul Kahwin Tidaklah Tanggung Dosa, Kasihan Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Seperti Cowboy’ – Puteri Sarah

Pelakon yang juga merupakan isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana akui sudah lama menerima mesej langsung yang mendakwa suaminya itu sudah berkahwin dengan Ira Kazar. Jelasnya lagi, kesemua maklumat tersebut diperoleh daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana.

Artikel Berkaitan: Nafi Dah Berkahwin Lain, Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta – ‘Ya, Ianya Satu Fitnah..’

Artikel Berkaitan: ‘Buat Apa Nak Saman? Ini Masanya, Lebih Baik Mengaku Je Lah..’ – Puteri Sarah

‘Kalau dah kahwin, berterus-terang..’

‘Jika Betul Kahwin Tidaklah Tanggung Dosa, Kasihan Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Seperti Cowboy’ – Puteri Sarah 3

Tambah Puteri Sarah lagi, pada awalnya dia menyangka berita perkahwinan tersebut hanyalah desas-desus sahaja namun isu tersebut dilihat semakin menjadi-menjadi dan ianya secara tidak langsung membuatkan ramai individu bersimpati dengan nasib dirinya dan anak-anak.

Kebanyakannya kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami. Namun, saya tidak terkejut walaupun Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua.

Ibu kepada dua anak ini juga akui sudah tidak kisah dengan apa yang dilakukan Syamsul dan tidak menghalang suaminya itu berkahwin lagi namun dia berharap agar Syamsul menjelaskan situasi sebenar dan tidak menyembunyikan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Bagi saya, lagi banyak kesilapan yang mahu ditutup, lagi banyak kebenaran akan terdedah. Percayalah, ini semua kuasa doa isteri dan ibunya, Datin Patimah Ismail yang baru pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Jika betul kahwin, Alhamdulillah. Bagus, sebab tidaklah menanggung dosa. Saya juga tidak mahu dianggap bersubahat jika tahu tahap mana hubungan mereka. Kalau dah kahwin, berterus-terang. Kasihan juga isteri baru, sudahlah kahwin tiada majlis seperti ‘cowboy.

‘Ibu bapa mentua menangis dengar cerita ini’

‘Jika Betul Kahwin Tidaklah Tanggung Dosa, Kasihan Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Seperti Cowboy’ – Puteri Sarah 4

Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu bahawa dia sudah reda dengan apa yang berlaku bahkan dia menerima segala ketentuan-Nya dengan berlapang dada.

Ibu bapa mentua memang kecewa, malah menangis mendengar cerita ini. Mereka ada bertanya kepada Syamsul sendiri berhubung gosip yang hangat diperkatakan. Tetapi, biasalah Syamsul takkan mengaku. Bagi saya, berani buat, berani tanggung.

Sampai bila nak sorok, sedangkan orang sudah mula menghidu? Kalau dahulu, saya selidik sampai lubang cacing sebab nak tahu kebenaran, tetapi sekarang, semua maklumat datang tanpa diminta.

Puteri Sarah memaklumkan akan menyelesaikan segala urusan perkahwinannya sebaik pulang ke Malaysia pada tahun hadapan.

Saya juga mahukan ‘titik noktah’ agar boleh meneruskan hidup bersama anak dengan aman.

Sumber: Berita Harian

‘Jika Betul Kahwin Tidaklah Tanggung Dosa, Kasihan Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Seperti Cowboy’ – Puteri Sarah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo