Berita

JKM jamin bekalan makanan di PPS cukup

JKM jamin bekalan makanan di PPS cukup 1

Kuantan: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan di semua 667 pusat pemindahan sementara (PPS) di 11 daerah di negeri ini mencukupi bagi menampung 46,115 mangsa banjir jika ia dibuka nanti.

Bantuan berupa makanan seperti beras, sardin, biskut, minyak masak, gula, teh, garam dan kopi untuk kegunaan mangsa selama tiga hari di setiap PPS disediakan sebelum bantuan susulan tiba.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, sebanyak 98 tan makanan disediakan dan pengagihan sudah dilakukan di 118 pangkalan hadapan sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh yang sudah bermula.

Katanya, pihaknya yakin bantuan awal disediakan dapat digunakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.

“Buat kali pertamanya norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di semua PPS bagi menyekat penularan wabak Covid-19,” katanya selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai, di sini, semalam.

Untuk rekod, terdapat sembilan PPS kini dibuka yang mana menempatkan 42 mangsa membabitkan 11 keluarga berada di PPS SK Ulu Sungai manakala 156 mangsa banjir lagi ditempatkan di lapan PPS di daerah ini.

Beliau berkata, agihan bantuan di 118 pangkalan hadapan selesai sepenuhnya bulan lalu.

Katanya, beliau menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mudah dinaiki air supaya segera berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

JKM jamin bekalan makanan di PPS cukup 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo