Artikel Terkini

JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas

JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas 1

PETALING JAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan satu hantaran di media sosial yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Pengerusi Petronas yang baharu.

JPM berkata, maklumat yang terdapat di akaun media tersebut adalah palsu.

Justeru kata JPM, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti jangan kongsi. Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih melalui pautan di Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok,”katanya di laman Facebook sebentar tadi

Terdahulu, tular di laman sosial tular sebuah poster bertarikh hari ini yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ismail Sabri.

Menerusi poster tersebut didakwa Ismail Sabri disebut-sebut akan dilantik sebagai Pengerusi Petronas yang baharu.

Pada masa sama, Perdana Menteri pada dasar bersetuju dengan pelantikan tersebut dan ia telah dibincangkan dalam pertemuan antara PM dan Ismail Sabri semalam.-KOSMO! ONLINE


JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo