Artikel Terkini

Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan

Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan 1

KLANG – Gara-gara dipercayai penipuan wang skim pelaburan dijalankan isterinya, seorang juruteknik kilang ditembak di hadapan rumah Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, pagi tadi.

Mangsa berusia 46 tahun itu cedera di bahagian lengan kanan dan bahagian leher akibat tembakan dilepaskan seorang suspek yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang perempuan warga tempatan kira-kira pukul 8.55 pagi memaklumkan suaminya ditembak di hadapan rumah mereka.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah mengalami kesan kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan X-Ray mendapati satu biji kelongsong disyaki peluru di dalam lengan kanan mangsa.

“Hasil siasatan mendapati suspek disyaki adalah lelaki tempatan menaiki sebuah motosikal warna gelap dan memakai topi keledar bervisor gelap semasa kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, suspek telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan mengunakan dua pucuk pistol yang berlainan.

Tambah Hoong Fong, pemeriksaan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki
kelongsong peluru di lokasi kejadian.

“Punca kejadian disebabkan disyaki isteri mangsa telah menipu wang skim pelaburan menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang lelaki cedera di lengan kanan selepas terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa berusia 40 ingin pergi ke tempat kerja. -KOSMO!ONLINE


Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo