Infotainment

Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013

Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013

Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013 1

Seperti yang sedia maklum, Intel dilihat sedang membangunkan siri kad grafik mereka sendiri untuk menandingi syarikat-syarikat seperti AMD dan NVIDIA untuk memecahkan duopoli yang dipegang mereka untuk sekian lamanya.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa kad grafik asas pertama keluaran Intel, Intel Xe DG-1 telah dibangunkan bersama-sama ASUS, yang diberikan nama ASUS DG-1, yang dimuatkan didalam sebuah komputer desktop ASUS yang sudahpun siap dipasang.

Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013
Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013 7

Secara teknikalnya walaupun kad grafik ini sudah hadir ke pasaran, ia tidak boleh dibeli kerana menurut Intel, kad grafik ini hanya disokong pada sejumlah kecil model papan induk, dan salah satu daripadanya ialah komputer yang dipasang oleh CyberPower.

Menurut ETA Prime, pembeli sistem ini, komputer tersebut hadir dengan spesifikasi Intel Core i7-11400F dengan papan induk ASUS PRIME H410M-A/CSM, salah satu daripada dua papan induk yang ada di pasaran yang boleh menyokong kad grafik ASUS DG-1 ini.

Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013 3
Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013 8

Dari segi spesifikasi kad grafik ini pula, ia dilengkapi dengan 80 unit pemprosesan (Execution Units) dan menggunakan memori LPDDR4X sebanyak 4GB dan mempunyai TDP serendah 30W dan menggunakan sambungan PCIe 4.0.

Berdasarkan ujian penanda-aras yang dilakukan oleh beliau, ia dapat diperlihatkan bahawa kad grafik tersebut mempunyai skor penanda-aras sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 760, yang dilancarkan pada tahun 2013.

Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013 4
Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013 9

Walaupun begitu, kad grafik ini mendapatkan skor tersebut dengan menggunakan kuasa enam kali lebih sedikit berbanding dengan kad grafik tersebut, malah telah memperlihatkan kebolehan untuk menggerakkan permainan-permainan moden seperti Cyberpunk 2077 pada resolusi Full HD dengan tetapan rendah dan pertengahan pada kadar segar semula mirip sebuah konsol permainan.

Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi jika Intel mempunyai sebarang pelan untuk memperkenalkan kad grafik ini kepada pasaran pembina komputer ataupun tidak.

Kad Grafik Intel Xe DG-1 Keluaran ASUS Diuji – Hadir Dengan Prestasi Sebuah Kad Grafik Tahun 2013 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo