Infotainment

“Kalau Dukung Heroin Saya Tak Rasa Apa-Apa, Macam Dukung Kerusi Je”

“Kalau Dukung Heroin Saya Tak Rasa Apa-Apa, Macam Dukung Kerusi Je”
"Kalau Dukung Heroin Saya Tak Rasa Apa-Apa, Macam Dukung Kerusi Je" 1

Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin berkata dia bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada pelakon baru yang digandingkan bersamanya dalam filem mahupun drama.

Bagaimanapun, Zul berkata pelakon tersebut perlulah membuang ego serta berdedikasi untuk belajar serta memperbaiki mutu lakonan.

BACA: Sambut Hari Lahir Ke-35, Zul Ariffin Berazam Nak Tutup Kisah Lama

“Saya terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa pun sama ada dia pelakon baharu atau lama. Malah saya juga tidak kisah untuk membantu, mengajar pelakon baharu asalkan mereka mahu belajar, letakkan dedikasi dan buang ego mereka ke tepi.

“Penonton percayakan lakonan saya dan bila saya keluar di kaca televisyen, mereka meletakkan harapan untuk melihat keberkesanan lakonan dan dengan siapa saya bergandingan,” katanya.

Kata Zul lagi, dia mengakui bukanlah seorang pelakon yang baik namun akan sentiasa cuba menjadi pasangan aktor yang mudah memberi kerjasama.

“Bila berlakon, kita tidak boleh ‘fly’ solo. Kalau saya seorang yang memberi, ia tidak akan menjadi. Jadi saya tidak kisah untuk ‘baby sit’ pelakon gandingan saya di set penggambaran, walaupun saya tidak dibayar untuk berbuat demikian,” katanya.

Dilihat sedang mendalami agama bersama Ustaz Ebit Lew dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Zul berkata dia mahu memperbaiki lisan dalam usaha menjadi insan yang lebih baik.

“Ramai sudah tanya soalan ini dan apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba jaga lisan dahulu. Perubahan itu akan berlaku secara perlahan-lahan.

“Bila berlakon, bukan saya yang request untuk dukung heroin saya. Tetapi saya hanya mengikut perjalanan cerita yang ditetapkan. Kalau dukung pun, saya tak rasa apa-apa. Terasa seperti mendukung kerusi sahaja,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Zul terkait dengan kontroversi mendukung heroin dalam sebuah drama lakonannya.


"Kalau Dukung Heroin Saya Tak Rasa Apa-Apa, Macam Dukung Kerusi Je" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo