Berita

Kasih Cikgu Muja | Harian Metro

Kasih Cikgu Muja | Harian Metro 1

Kasih Cikgu Muja | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Demi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam pelajaran, Mujalifah Kassim yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sibu Jaya, Sarawak sanggup ke rumah pelajar untuk menyemak tugasan yang diberi.

Mujalifah, 39, atau lebih mesra disapa Cikgu Muja berkata, ketiadaan telefon pintar, komputer riba dan capaian Internet dalam kalangan murid di luar bandar antara faktor mendorongnya mengambil inisiatif itu.

Menurut Mujalifah, aktiviti berkunjung ke rumah pelajar bukanlah rutin hariannya sebaliknya dilakukan seminggu sekali iaitu pada Jumaat saja.

“Platform Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) saya gunakan ketika ini adalah Google Classroom, Google Meet dan aplikasi WhatsApp.

“Namun, ada kekangan menggunakan kaedah ini terutama bagi pelajar yang tidak mempunyai peranti elektronik di rumah dan akses Internet terutama yang menetap di luar Sibu Jaya iaitu di kawasan rumah panjang berhampiran.

“Jadi, saya ambil inisiatif pergi ke rumah pelajar bermula sejak Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan penutupan sekolah dan pelaksanaan PdPR bermula 9 November hingga 18 Disember depan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ibu dua anak itu berkata, niatnya hanya untuk membantu pelajar kurang berkemampuan mendapat bimbingan sama daripadanya seperti rakan mereka yang lain.

“Inisiatif saya ini adalah satu bentuk pertolongan dan penghargaan kepada pelajar saya yang kurang bernasib baik berbanding rakan sekelas mereka.

“Saya tidak mahu mereka rasa tersisih hanya kerana kekurangan itu. Diharap, kedatangan saya ke rumah mereka mampu memberi suntikan motivasi untuk terus belajar walaupun tanpa kemudahan atau kelengkapan sempurna bagi mengikuti kelas dalam talian,” katanya yang berkhidmat sebagai pendidik sejak 12 tahun lalu.

Mengenai kisahnya yang tular di laman sosial, Mujalifah berkata gambar itu diambil oleh bekas pelajarnya yang ikut bersama pada hari kejadian untuk melihat peranan guru berdepan dengan situasi luar jangka.

“Tak sangka pula, gambar itu tular hingga ada segelintir warganet mempersolkan mengapa keluarga pelajar membiarkan saya berpanas di luar rumah. Hakikatnya, saya sendiri yang menolak pelawaan keluarga pelajar untuk masuk ke rumah mereka.

“Ini kerana saya tidak perlu mengambil masa lama untuk menanda, menyemak serta memberi ulasan bagi tugasan yang disiapkan pelajar.

“Lebih baik begitu kerana dalam apa jua keadaan, saya perlu untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) walaupun berada di zon hijau,” katanya.

Katanya, dia percaya bukan saja dirinya malah semua pendidik melakukan yang terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar masing-masing.

“Saya percaya setiap pendidik di negara ini punyai rasa kasih dan sayang mendalam terhadap anak didik mereka.

“Rasa kasih dan sayang itu yang menyebabkan insan bergelar pendidik berkorban masa dan tenaga buat anak didik yang dikasihi.

“Jadi, teruskan perjuangan kita semua dengan lalukan sehabis baik dan abaikan mereka yang melemparkan kata nista,” katanya.

Kasih Cikgu Muja | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo