Berita

Kecederaan Gomez beri tekanan kepada Liverpool

Kecederaan Gomez beri tekanan kepada Liverpool 1

Kecederaan Gomez beri tekanan kepada Liverpool 2

London: Krisis kecederaan pertahanan Liverpool makin memuncak dengan yang terbaru dialami, Joe Gomez dan pemain itu hampir pasti direhatkan selepas mengalami kecederaan lutut ketika latihan skuad England.

Juara Liga Perdana Inggeris itu di jangka beraksi tanpa pertahanan tengah berpengaruh Virgil van Dijk hampir sebahagian besar musim ini selepas pemain Belanda itu mengalami kecederaan ligamen serius bulan lalu.

Pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold dijangka berehat sehingga bulan depan selepas mengalami kecederaan betis ketika membantu skuad Reds mencatat keputusan seri 1-1 di Manchester City.

Sementara Fabinho yang mengambil alih tugas pertahanan tengah sejak kecederaan dialami Van Dijk – juga dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan hamstring.

“Saya tidak boleh memberitahu anda bagaimana serius kecederaannya kerana dia belum menjalani imbasan.

“Apa yang mengecewakan adalah dia mengalami kesakitan yang teramat dan tidak ada orang di sekelilingnya ketika kecederaan itu berlaku,” kata bos England, Gareth Southgate.

“Saya tidak menyukai keadaan ini. Kami semua berharap ia tidak berlaku seperti yang disangkakan.”

Gomez sudah pasti terlepas aksi persahabatan England berdepan Ireland awal pagi esok serta saingan Liga Negara-Negara berdepan Belgium awal pagi Isnin dan diikuti Iceland tiga hari kemudian.

Kecederaan Gomez beri tekanan kepada Liverpool 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo