Infotainment

Kedai Runcit Di Kuala Lumpur Tidak Lagi Dibenarkan Jual Minuman Keras Mulai 1 Oktober 2021

Kedai Runcit Di Kuala Lumpur Tidak Lagi Dibenarkan Jual Minuman Keras Mulai 1 Oktober 2021 1
0
(0)

Kedai Runcit Di Kuala Lumpur Tidak Lagi Dibenarkan Jual Minuman Keras Mulai 1 Oktober 2021 2

Ketika ini, minuman keras masih boleh didapati di kedai runcit dan serbaneka. Terbaharu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa semalam.

Berdasarkan garis panduan baharu itu, minuman keras yang memabukkan tidak lagi boleh dijual kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina mulai 1 Oktober 2021.

MAKLUMAN AWAMGaris Panduan dan Syarat permohonan Lesen Minuman Keras (liquor yang memabukkan) WPKL.DBKL telah…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Sunday, November 15, 2020

Difahamkan, premis-premis seperti yang disebut masih dibenarkan menjual bir setelah larangan berkuat kuasa, tetapi hanya dari jam 7 pagi hingga 9 malam dan perlu memastikan minuman beralkohol dipamer berasingan dari minuman lain serta mengunci ruang rak pameran selepas jam 9 malam.

Tidak hanya itu, pembeli mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Manakala pasar raya, hypermarket, hotel, bar, dan pub masih dibenarkan menjual minuman keras, tetapi perlu memastikan bahawa pelanggan berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.

Malah, penguatkuasaan ini bertujuan untuk mengawal akses dan penggunaan produk minuman keras bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kota. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menetapkan had waktu minuman beralkohol yang boleh dijual mengikut jenis premis dengan pemohon atau pemegang lesen hanya untuk bukan Muslim.

Mungkin negeri lain akan mengikut jejak langkah DBKL untuk melarang penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka. Adakah anda bersetuju dengan kawalan penjualan minuman keras ini?

Tahukah anda bahawa Coca-Cola dikatakan mahu tampil dengan minuman keras? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Coca-Cola Dalam Perancangan Jual Minuman Beralkohol Pertama Mereka

Rakyat India Berbaris Panjang Beli Arak, Mahu ‘Raikan’ Kelonggaran Perintah Lockdown

Keputusan DBKL Bekukan Lesen Arak Boleh Buat Orang Hilang Kerja, Kata Kumpulan Penjual




Kedai Runcit Di Kuala Lumpur Tidak Lagi Dibenarkan Jual Minuman Keras Mulai 1 Oktober 2021 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?