Berita

Keinsafan tiga dekad | Harian Metro

Keinsafan tiga dekad | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Hadirnya tahun baharu membawa bersama limpahan harapan – termasuk agar berakhirnya pandemik Covid-19 dan kemerosotan ekonomi yang dialami sejagat – dan tidak ketinggalan seorang lelaki Britain-Hong Kong yang sudah menjalani hukuman penjara hampir tiga dekad di Malaysia.

Chu Tak Fai, yang nama Islamnya Abdul Hadi Chu Abdullah, 49, mendapat pengampunan baru-baru ini dan terbang pulang ke tanahairnya Hong Kong pada Disember lepas setelah menjalani hukuman penjara selama 27 tahun atas kesalahan menyeludup dadah ke Malaysia. Menurut Suruhanjaya Tinggi Britain, beliau kekal sebagai satu-satunya warganegara Britain yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Malaysia.

Chu berkata, harapan beliau untuk tahun baru ini memanglah tidak terkira tambahan pula ia sebagai tanda tahun pertama beliau benar-benar bebas sejak 1993.

“Bagi 2021, saya berharap masyarakat akan menerima saya dan saya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Selain itu, makan,” katanya kepada Bernama.

Selepas bertahun-tahun berada di Malaysia, meskipun berada di belakang jeriji besi, ia tidak menghairankan kerana Chu menganggap dirinya sebagai orang Malaysia yang dipindahkan.

Beliau menganut agama Islam pada 1996 dan boleh berbahasa Melayu pasar, yang dipelajari dari pegawai keselamatan dan penghuni lain penjara, dan sedikit berbahasa Inggeris yang membolehkan beliau berkomunikasi dengan para pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Britain yang datang melawatnya.

Segar daripada kuarantin dan meraikan Krismas dan menyambut Tahun Baharu bersama keluarga, Chu kini dalam usaha cuba menyesuaikan diri dan melupakan kisah silamnya.

“Saya telah berjauhan dari Hong Kong sejak sekian lama. Sekarang saya sudah keluar, semuanya baru,” katanya.

Kejadian yang membawa beliau ke Malaysia dan balik ke Hong Kong bermula cukup mudah. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bermasalah yang mana bapanya selalu menganiaya ibunya, saudara perempuannya dan dirinya sendiri. Selepas ibu bapanya bercerai, beliau menyertai geng jalanan untuk mendapatkan wang selepas tercicir dalam pelajaran.

“Saya akui samseng. Saya akan bergaduh, pukul orang. Jenis geng yang seperti kebiasaannya,” katanya.

Pada 1993, beliau bersetuju mengambil beberapa heroin di Thailand untuk bosnya. Kemudian memasuki Malaysia menerusi jalan darat sebelum terbang pulang ke Hong Kong.

Ketika ditanya sebab beliau mengambil laluan darat, katanya, beliau menyangka pegawai kastam di pos sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah akan bersikap kurang tegas. Namun tanggapan beliau meleset. Mereka menjumpai dua kilogram heroin dalam simpanannya dan beliau diberkas dan didakwa.

Berita penangkapan itu diterima dengan mengejut oleh saudara perempuannya, yang kemudian menjadi pembiaya untuk urusan pembelaan dan rayuan di mahkamah.

“Kami tidak pula mengetahui yang dia pergi mengembara. Saya masih ingat beliau memberitahu saya yang dia akan ke China untuk mencari kerja, bukannya Malaysia,” kata kakaknya, Netalie Chu, seorang ahli psikologi menerusi temubual dengan aplikasi Zoom, baru-baru ini.

“Kami tidak terfikir yang dia akan berurusan dengan dadah di Malaysia. Kami tahu apa yang dilakukannya itu salah tetapi (dia tidak sepatutnya menerima) hukuman mati,” jelas kakak sulungnya Shadow.

Chu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati kerana menyeludup heroin pada 1994. Semasa rayuan, hukuman yang diterimanya dipinda kepada penjara seumur hidup pada 2006.

Pada 2016, hukumannya adalah penjara seumur hidup selama 20 tahun. Beliau menerima pengampunan terakhir daripada Sultan Kedah baru-baru ini kerana berkelakuan baik, dan membebaskan beliau daripada menjalani hukuman penjara 10 tahun yang berbaki daripada 27 tahun yang telah dijalaninya.

Semasa di penjara, beliau kehilangan nenek dan ibunya; neneknya meninggal beberapa tahun selepas beliau didapati bersalah manakala ibunya sembilan tahun lepas.

Menurut kakaknya, harapan terakhir ibu mereka adalah untuk melihat Chu bebas dari penjara dan pulang ke tanah air.

“Hasrat untuk menyatukan mereka yang tidak kesampaian itu menjadi kekesalan kami,” kata Netalie.

Pada mula keluarganya tidak memberitahu Chu mengenai kematian ibu bagi mengelakkan beliau patah semangat, tetapi akhirnya memberitahunya juga setahun kemudian.

Chu mengakui beliau sedih kerana tidak dapat berjumpa ibunya sebelum meninggal.

“(Tetapi) saya benar-benar percaya sekiranya beliau dapat melihat saya sekarang, dia akan gembira melihat diri saya yang baru ini. Saya adalah seorang yang teruk sebelum ini. Saya sangat malas dan akan selalu terlibat dalam banyak perkara yang berakhir kepada masalah,” katanya.

Chu memuji hukuman penjara dan ajaran Islam sudah menjadikan dirinya seorang yang berdisiplin, mengajarnya agar bersabar dan memberi beliau pandangan yang lebih positif terhadap kehidupan.

Semasa dalam penjara, beliau mendapat keyakinan daripada para pengawal dan penghuni penjara, yang bukan sahaja membantu beliau untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan di penjara. Malah beliau belajar menjahit dan memperoleh sedikit pendapatan daripada hasil kerjanya.

Atas usahanya itu, Chu menerima Sut Biru, baju biru yang menandakan beliau sebagai seorang penghuni penjara yang dipercayai, yang juga diberi hak keistimewaan khas seperti sebuah televisyen dan kipas dalam bilik penjaranya.

Chu mengakui meninggalkan penjara selepas bertahun-tahun, dengan rejimen dan jadualnya yang ketat akan memberi cabaran. Persoalannya, “Apakah seterusnya”? Kini ia besar.

“Dia mungkin tidak dapat merancang kerana perlu menyesuaikan diri terlebih dahulu,” kata Sterling Ho, seorang ahli perniagaan dan rakan keluarganya di Malaysia.

Chu bersetuju. Seperkara yang beliau perlu memikirkan ialah cara untuk terlibat dalam era digital. Ketika memasuki penjara, Hong Kong masih menjadi milik United Kingdom. Ketika itu satu-satunya pandemik yang dikhuatirkan orang ramai ialah jangkitan HIV/AIDS melalui darah dan kaset VHS yang popular.

Kini beliau memasuki dunia Hong Kong di bawah China, jangkitan Covid-19 menerusi udara dan telefon pintar.

Sebelum temu bual ini, Chu sudah mencuba dan gagal menyiapkan aplikasi perbincangan menerusi video Zoom pada iPhone barunya, hadiah daripada Ho. Semasa di lapangan terbang sebelum keberangkatannya, Chu hampir memecahkan telefon pintarnya ketika cuba belajar bagaimana menggunakannya.

“Semasa saya memberinya telefon itu, beliau asyik menekan dengan kuat. Saya berkata, ‘Jangan terlampau kuat, kaca itu akan pecah,'” kata Ho sambil ketawa.

Chu juga berusaha untuk belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di Hong Kong, sebuah negara yang dilihatnya kali terakhir semasa dia berusia 22 tahun. Chu berkata, beliau terfikir untuk membuka sebuah kedai jahitan tetapi melupakan hasrat itu kerana sewanya yang terlalu mahal di Hong Kong.

Beliau menyebut kemungkinan hendak pergi ke United Kingdom pada masa akan datang.

Chu juga berkata, beliau rindukan Malaysia dan menganggapnya sebagai rumah keduanya serta berhasrat untuk kembali melawat. Sambil ketawa kecil, beliau menyatakan benar-benar rindukan nasi dagang, makanan yang popular di negeri pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan yang mengandungi nasi bersantan, kari ikan dan acar timun bercampur lobak merah.

Buat masa sekarang, beliau mengambil keputusan untuk tinggal di rumah keluarganya bagi menebus waktu yang hilang selama ini. Sekian lama hidup bersendirian, kini beliau mempunyai ahli keluarga yang dapat dilihat dan disentuhnya.

Beliau menyatakan tidak gusar kehilangan jalan dan terjerumus dalam kehidupan jenayah yang dahulu kerana memutuskan semua teman dari kehidupannya yang lepas.

“Saya tidak hidup dengan disiplin hanya untuk satu atau dua hari. Saya hidup dengannya selama 27 tahun. Keluarga banyak membantu saya, meminjam wang untuk membayar kepada peguam. Saya tidak boleh mensia-siakan pengorbanan mereka. Saya mesti berubah kepada kehidupan baru,” katanya.

Keinsafan tiga dekad | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo