Berita

Kekal mencabar | Harian Metro

Kekal mencabar | Harian Metro 2

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) menjangkakan prospek industri minyak dan gas (O&G) akan terus mencabar pada 2021, dipengaruhi kemerosotan permintaan yang belum pernah terjadi sebelumnya akibat pandemik Covid-19 yang memberikan kesan mendalam di dalam negara dan di seluruh dunia.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, unjuran untuk industri kekal mencabar disebabkan kemunculan gelombang baharu dalam jumlah kes Covid-19 dan ketidakpastian terhadap pengurangan pengeluaran Opec+ pada tahun depan.

“Kesan pandemik ini sukar dianggarkan, sementara impaknya tidak boleh dilebih-lebihkan kerana industri terus berdepan dwiimpak daripada kemerosotan permintaan yang digabungkan dengan penurunan harga minyak akibat kekurangan bekalan.

“Sehubungan itu, kami percaya yang industri kini menghadapi Great Reset. Ini satu kemestian yang tidak dapat disangkal dan tidak dapat dielakkan apabila memerlukan pembaharuan segera di seluruh rantaian nilai,” katanya dalam laporan Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2021-2023 yang diterbitkan, semalam.

Tengku Muhammad Taufik berkata, industri secara kolektif perlu bangkit daripada melakukan perniagaan seperti biasa dan memaksa inovasi di semua peringkat iaitu melaksanakan kaedah baharu.

Katanya, Petronas mengambil langkah mengukuhkan daya tahan dan mengemudi organisasi ke arah pemulihan.

“Kami komited terus berusaha menjadi pengeluar yang lebih menjimatkan kos. Pada masa sama, kami tiada banyak pilihan selain terus mengambil langkah mengurangkan risiko dalam pelaburan.

“Ini dengan memberi tumpuan kepada bidang perniagaan yang memberikan pulangan tunai lebih cepat dan tidak mudah berubah, serta menggunakan penyelesaian yang lebih inovatif sambil mengubah portfolio kami,” katanya.

Beliau berkata, langkah yang diambil juga menunjukkan komitmen utuh kumpulan terhadap kemampanan kerana pihaknya mempertimbangkan pemecutan peralihan tenaga global, ditingkatkan harapan pemegang taruh dan peluangnya yang meluas.

“Berdasarkan keinginan Petronas untuk mendorong perubahan asas dalam cara tenaga dihasilkan, kami mengumumkan hasrat mencapai sifar bersih pelepasan karbon menjelang 2050 sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik kami terhadap kemampanan yang mengimbangkan pertimbangan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di seluruh rantaian nilai,” katanya.

Kekal mencabar | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo