Infotainment

Kekasih Sifatkan Sharifah Sakinah Wanita Menakjubkan

Kekasih Sifatkan Sharifah Sakinah Wanita Menakjubkan 2

Bakal menamatkan zaman janda tidak lama lagi, timbul satu dakwaan tidak sedap didengar apabila pelakon Sharifah Sakinah dituduh perampas suami orang.

Bagaimanapun, Sakinah berkata berpegang teguh dengan prinsip tidak akan ‘mencaras’ suami orang. Tampil mempertahankan kekasihnya, Michael Hansen menafikan Sakinah punca dia dan bekas isteri bercerai.

BACA: Sharifah Sakinah Dituduh Rampas Suami Orang?

Menurut lelaki berasal dari Sweden itu, dia sudah sudah berpisah dengan bekas isterinya sebelum menjalinkan hubungan dengan Sakinah.

“Tidak adil membuat tuduhan melulu terhadap Sakinah tanpa usul periksa. Saya dan bekas isteri sudah lebih setahun berpisah.

“Sakinah bukan punca kami bercerai. Hubungan kami terlerai sudah setahun, sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Saya dan bekas isteri sudah lama tidak tinggal sebumbung,” katanya kepada BH Online.

Sedia maklum dengan sikap Sakinah yang gila-gila, Hansen menyifatkan kekasihnya itu seorang wanita yang sangat menakjubkan.

“Sakinah memiliki hati yang baik. Kita sedia maklum mengenai Sakinah tebal dengan sikap kelakar dan gila-gila. Paling jelas, kami pernah berhadapan dengan kegagalan rumah tangga. Kisah silam lalu diharungi dengan penuh kesefahaman.

“Saya harap soal peribadi dan kisah silam biarlah terus berlalu. Biarlah, ia disimpan sebagai privasi yang perlu dihormati,” katanya.



Kekasih Sifatkan Sharifah Sakinah Wanita Menakjubkan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo