Infotainment

Kekasih Tercampak Keluar Gara-Gara Pelakon Pandu Myvi Secara Berbahaya

Kekasih Tercampak Keluar Gara-Gara Pelakon Pandu Myvi Secara Berbahaya
Kekasih Tercampak Keluar Gara-Gara Pelakon Pandu Myvi Secara Berbahaya 1

Kekasih Tercampak Keluar Gara-Gara Pelakon Pandu Myvi Secara Berbahaya

Seorang penumpang wanita tercampak keluar dari kenderaan gara-gara tindakan seorang selebriti memandu kereta secara melulu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), pada Selasa.

Bertengkar dengan kekasih

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan.

Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Tambah Mohamad Farouk, pelanggaran itu turut menyebabkan penumpang hadapan yang juga kekasihnya berusia 25 tahun tercampak keluar dan mengalami cedera ringan.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk menyatakan pemandu kedua-dua kenderaan itu sudah tampil membuat laporan, semalam (Rabu). Katanya lagi, ujian saringan awal air kencing sudah dilakukan dan keputusannya adalah negatif.

Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.

Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, satu video berdurasi 42 saat yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melulu di MRR2 tular di media sosial.

Sumber: Facebook Farith Azlan & Harian Metro

Kekasih Tercampak Keluar Gara-Gara Pelakon Pandu Myvi Secara Berbahaya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo