Artikel Terkini

Keluarga mangsa maut kena renjatan elekrik belum putuskan tindakan undang-undang

Keluarga mangsa maut kena renjatan elekrik belum putuskan tindakan undang-undang
Keluarga mangsa maut kena renjatan elekrik belum putuskan tindakan undang-undang 1

TUMPAT – Bapa kepada tiga beradik perempuan yang maut terkena renjatan elektik di Kampung Bendang Surau, Morak di sini semalam masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kes itu.

Mohd. Nadzir Mohamed, 67, berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian yang meragut nyawa tiga anaknya, Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29, Noorfathiah, 27 itu berpunca daripada kebocoran pendawaian elektrik TNB.

Katanya, jika dilihat daripada punca itu, ia merupakan kecuaian pihak TNB dalam menguruskan perkhidmatan.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga akan berbincang terlebih dahulu. Setakat ini, saya tidak boleh memberi jawapan sama ada akan mengambil tindakan (saman) atau tidak.

“Saya dan keluarga masih terkejut dengan kejadian yang berlaku dalam sekelip mata. Beri saya masa untuk berbincang dengan anak-anak dan keluarga terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Bendang Surau, Morak di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Nadzir yang juga seorang pesara kerajaan menerima kunjungan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun bersama rombongan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Muhamad Zaki turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang juga merupakan mangsa banjir.

Sementara itu, ibu kepada tiga beradik itu, Zainun Sulaiman, 62, berkata, dia tetap reda dengan ketentuan ilahi meskipun kehilangan tiga orang anak dalam masa serentak

“Sakinah mengadu sakit perut akibat cirit-birit dan dada pagi semalam. Dia ada memaklumkan kepada saya bahawa najisnya hitam akibat kesan ubat yang dimakannya dan mungkin akan mati.

“Saya menemaninya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Pada waktu tengah hari, saya terkejut mendengar bunyi bising di hadapan rumah sebelum melihat mayat ketiga-tiga mereka terbujur kaku tidak jauh antara satu sama lain,” katanya.- KOSMO! ONLINE


Keluarga mangsa maut kena renjatan elekrik belum putuskan tindakan undang-undang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo