Artikel Terkini

Kempen #GiveBack GoPayz Bantu Meringankan Beban Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Tunai Bernilai RM1 Juta

Kempen #GiveBack GoPayz Bantu Meringankan Beban Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Tunai Bernilai RM1 Juta 1

Kempen #GiveBack GoPayz Bantu Meringankan Beban Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Tunai Bernilai RM1 Juta 2

GoPayz,
e-dompet universal yang dibangunkan U Mobile, akan memberikan hadiah tunai bernilai
 RM1 juta dengan kempen #GiveBack GoPayz.
Menerusi kempen ini, setiap pengguna baru yang mendaftar untuk GoPayz akan
menerima tunai RM5 bermula hari ini hingga 30 Jun 2020. Jika pengguna itu juga merupakan
pelanggan U Mobile, dia akan menerima satu lagi e-baucer bernilai RM3 dari
7-Eleven.

Ketua Pegawai Pemasaran U
Mobile, Jasmine Lee, menerangkan matlamat pelancaran kempen U Mobile ini, “Memandangkan
Malaysia sedang mengharungi masa mencabar, kami yakin GoPayz harus menyumbang
balik kepada masyarakat. Walaupun ia hanya RM5 setiap pengguna, kami telah
menyumbang sehingga RM1 juta untuk inisiatif ini supaya mencapai seramai
mungkin pengguna. Tunai yang diterima pengguna baru GoPayz boleh digunakan
untuk membeli pelbagai produk dan perkhidmatan penting menerusi aplikasi
GoPayz, baik untuk insurans hayat mikro, tambah nilai mudah alih, penghantaran
makanan, mahupun pembayaran zakat.”

Bagi menyertai kempen
#GiveBack GoPayz, pengguna hanya perlu mendaftar untuk e-dompet ini. Selepas
pendaftaran selesai, pengguna baru akan menerima tunai RM5 dalam 3 hari bekerja.

Selain kempen #GiveBack
GoPayz, GoPayz juga akan menawarkan promosi untuk premium GoLife Plus, iaitu
insurans mikro yang ditaja jamin oleh SunLife Malaysia. Pelanggan baru yang
melanggan GoLife Plus hanya perlu membayar RM2 setiap bulan bagi dua bulan yang
pertama. Baru-baru ini, SunLife Malaysia telah menubuhkan Dana Bantuan COVID-19
bagi pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.

Pelanggan boleh memuat turun
aplikasi GoPayz di: http://bit.ly/GoPayz. GoPayz menawarkan pelbagai
perkhidmatan kewangan digital dan gaya hidup.

Mengenai U Mobile

Di U Mobile, kami ingin membantu pelanggan mencapai potensi mereka tanpa had. Kami sentiasa berpaksikan inovasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dihargai pelanggan. Berbekalkan komitmen untuk mengembangkan jaringan 4G kami serta melancarkan pelbagai inovasi dijana 5G, U Mobile berada di kedudukan baik untuk menaik taraf jaringan serta pengalaman pengguna, demi memberi keseronokan dan kebebasan yang tidak terhad kepada pelanggan kami. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari www.u.com.my atau hubungi khidmat pelanggan U Mobile di talian 018-388 131.

Mengenai
GoPayz

GoPayz menjana revolusi dalam cara orang ramai membuat bayaran dan menggunakan perkhidmatan kewangan digital. Dari insurans mikro hingga ke pelaburan kekayaan, GoPayz menawarkan semua akses kepada perkhidmatan kewangan mampu milik pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kami menumpukan perhatian dalam pembangunan perkhidmatan kewangan digital inovatif yang mampu mempertingkatkan gaya hidup pelanggan kami, dan kami percaya bahawa inklusi kewangan adalah asas pembinaan jenama kami. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan GoPayz, sila layari www.gopayz.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan GoPayz di +6018 388 3388.

Kempen #GiveBack GoPayz Bantu Meringankan Beban Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Tunai Bernilai RM1 Juta 3

Kempen #GiveBack GoPayz Bantu Meringankan Beban Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Tunai Bernilai RM1 Juta 2

Source link