Infotainment

Kenapa Block Caprice? Ebit Lew Jawab Ada Kaitan Arwah Bapa

Kenapa Block Caprice? Ebit Lew Jawab Ada Kaitan Arwah Bapa
Kenapa Block Caprice? Ebit Lew Jawab Ada Kaitan Arwah Bapa 1

Menjawab segala tuduhan mengenai misi kemanusiaannya di Gaza, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut ditanya mengapa beliau bertindak menyekat akaun Instagram penyanyi rap, Caprice.

Ebit menjelaskan tindakannya menyekat akaun Caprice susulan tindakannya yang disifatkan ‘negatif’ ditambah dengan teguran penyanyi itu yang tidak berasas.

BACA: Ebit Lew Minta Nadir Al Nuri Jawab, Mana Sumbangan RM20 Juta Rakyat Malaysia?

“Saya kalau benda negatif saya block. Bukan sikit punya negatif. Biar saya bagi tahu, bapa saya tengah sakit, doktor kata tinggal 10 hari. Sepanjang dekat Gaza saya berdebar fikirkan pasal ayah saya.

“Bila sampai dekat KL, saya minta kebenaran KKM untuk melawat ayah saya. Bapa saya negatif, saya pun negatif. Dua kali saya buat ujian negatif dan saya dapat kebenaran. Saya perlu pakai PPE,” katanya.

Tampil menjelaskan menziarahi bapanya, Ebit berkata dia diberi masa sejam untuk melawat serta mengatakan orang ramai boleh melawat orang sakit di hospital tetapi perlu membuat permohonan dan bukan pesakit Covid-19.

Namun, perkongsian Ebit melawat bapanya di hospital menimbulkan rasa kurang senang Caprice serta mendedahkan penyanyi tersebut ada memberi teguran mengenai perkara itu.

“Satu dia tegur mesej pasal patung terlalu expose di media. Lagi satu dia ada tegur tak patut post pasal ziarah ayah sebab ramai rakyat Malaysia tak dapat ziarah keluarga masa sakit.

“Ayah saya bukan sakit, ayah saya nazak nak pergi dah. Kalau benda tu tak valid, KKM pun tak share. Tapi KKM siap share dan doakan ayah saya sihat.

“Tapi sebagai sahabat, Caprice boleh marah macam tu. Luka hati saya. Saya pun manusia biasa. Saya ambil phone lontar ke tepi sebab saya sedih,” katanya.


Kenapa Block Caprice? Ebit Lew Jawab Ada Kaitan Arwah Bapa 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo