Artikel Terkini

Kenyataan beri peranan dalam kerajaan pada Sivaraj ‘bukan kesalahan pilihan raya’

Kenyataan beri peranan dalam kerajaan pada Sivaraj ‘bukan kesalahan pilihan raya’
Kenyataan beri peranan dalam kerajaan pada Sivaraj ‘bukan kesalahan pilihan raya’ 1

Kenyataan beri peranan dalam kerajaan pada Sivaraj ‘bukan kesalahan pilihan raya’
Saifuddin Nasution Ismail (tengah) bersama Timbalan Ketua Polis Kedah, Roze Shaari (kiri) dan Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad di IPD Kulim.

KULIM: Ketua Setiausaha Pakatan harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan beliau melakukan kesalahan pilihan raya dengan berkata calon Barisan Nasional (BN), C Sivaraj yang menarik diri daripada pilihan raya Padang Serai akan dipertimbangkan jawatan dalam kerajaan.

“Tiada kesalahan pilihan raya di sini. Ia jelas menyatakan tiada syarat atas penarikan diri calon BN. Ia sudah jelas, tidak ada syarat. Apakah kesalahan pilihan raya di sini?” soalnya.

Saifuddin ditanya sama ada beliau melakukan kesalahan pilihan raya ketika berucap dalam ceramah di Lunas semalam bahawa ada jawatan untuk tokoh muda seperti Sivaraj dalam kerajaan.

Sivaraj, yang juga naib presiden MIC, menggantung kempennya Jumaat lalu bagi memberi laluan kepada calon PH, Sofee Razak.

Saifuddin berkata, peranan dalam kerajaan untuk Sivaraj itu bukanlah satu syarat untuk pemimpin MIC itu menarik diri dalam pilihan raya pada Rabu ini.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya, sebarang dorongan kepada calon untuk menarik diri daripada bertanding dianggap satu tindakan rasuah, dan boleh dihukum dua tahun penjara, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Saifuddin mengecam Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang terus berpolitik dengan berkata, ada cubaan menumbangkan kerajaan perpaduan diterajui Anwar Ibrahim.

Katanya, Anwar sudah menegaskan akan mengadakan undi percaya di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini untuk membuktikan beliau memiliki sokongan mencukupi daripada Ahli Parlimen.

“Jadi, kita akan selesaikan di Parlimen. Tidak perlu membuat kenyataan yang sudah pasti menyebabkan rakyat kecewa,” katanya.


Kenyataan beri peranan dalam kerajaan pada Sivaraj ‘bukan kesalahan pilihan raya’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo