Artikel Terkini

Kerajaan wajar pertimbang tambah peruntukan ERP – Lee Lam Thye

Kerajaan wajar pertimbang tambah peruntukan ERP - Lee Lam Thye 1

Kerajaan wajar pertimbang tambah peruntukan ERP - Lee Lam Thye 2

Kerajaan wajar pertimbang tambah peruntukan ERP - Lee Lam Thye 3

KUALA LUMPUR : Kerajaan wajar mempertimbangkan penambahan peruntukan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi membantu mengelakkan lebih ramai pekerja daripada diberhentikan.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, peruntukan semasa sebanyak RM240 juta hanya dapat memanfaatkan kira-kira 66,000 pekerja dan angka itu dilihat hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah penganggur yang dianggarkan di Malaysia.

“Jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM5 bilion selama tiga bulan nampaknya terlalu rendah kerana ia hanyalah merupakan 0.6 peratus upah sebulan di sektor swasta.

“Sebagai perbandingan, di United Kingdom (UK), subsidi telah ditingkatkan sehingga 80 peratus selama lapan bulan sementara negara-negara lain seperti Singapura, Kanada dan Perancis pula memberikan subsidi upah sehingga 75 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Menurutnya lagi, semua negara di dunia, baik yang maju mahu pun yang sedang membangun berdepan dengan pertumbuhan ekonomi negatif yang tidak pernah dihadapi sejak 1930-an.

Susulan pandemik ini, jumlah penganggur di Malaysia dijangka meningkat kepada 610,000 pada suku kedua tahun ini sementara bakal merekodkan 860,000 menjelang akhir tahun ini.

Dalam pada itu, Lam Thye turut meminta kerajaan untuk mempertingkatkan unit kesihatan mental di Kementerian Kesihatan sebagai memberi sokongan dan kaunseling kepada mereka yang terjejas ekoran pandemik ini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, pekerja seharusnya bertindak dengan cepat, positif dan bertanggungjawab.

“Bagi mereka yang kini tidak bekerja, gunakanlah enam bulan ke hadapan ini untuk mempelajari kemahiran baharu, memulakan perusahaan baharu dan meneroka peluang dalam ekonomi,” ujarnya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya menerokai peluang dalam ekonomi digital termasuk keusahawanan digital memandangkan ekonomi dunia pada masa hadapan akan bergantung pada kepintaran tiruan untuk rutin asas dan bagi tugas yang lebih kompleks.



Kerajaan wajar pertimbang tambah peruntukan ERP - Lee Lam Thye 2

Source link