Artikel Terkini

Kerana Hartanah, Pengutip Sampah Kini Seorang Jutawan

Kerana Hartanah, Pengutip Sampah Kini Seorang Jutawan 1

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin bukan penghalang untuk Azlan Al-Amin berjaya dalam hidup. Biarpun mempunyai 21 adik-beradik dan dikatakan sebagai keluarga termiskin di Besut, rezeki Allah siapa yang tahu.

5 orang adik-beradiknya telah meninggal dunia dan mereka sekeluarga meneruskan hidup seperti biasa. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Itulah yang mendorong Azlan untuk membantu keluarganya mencari rezeki.

Menjadi Pengutip
Sampah Bagi Menampung Kehidupan

Belajar pun tidaklah tinggi, tiada lagi pekerjaan yang boleh dilakukan melainkan mengutip sampah pada ketika itu. Selepas tamat persekolahan, Azlan mula mengutip sampah.

Amat menyedihkan ibunya apabila melihat ulat-ulat sampah keluar dari kasut dan kocek baju yang dipakainya. Selepas itu, Azlan juga pernah menjadi kelindan lori sehingga pernah diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Kerana Hartanah, Pengutip Sampah Kini Seorang Jutawan 2

Berhijrah Dan Bawa Diri, Kehidupan Mula Berubah

Ada yang mengatakan, untuk berjaya kita perlulah berhijrah. Mungkin dengan cara itu, kita akan lakukan sesuatu dan tidak duduk pada tempat yang sama atau zon yang sama seperti sebelumnya.

Setelah nekad meninggalkan kampung halaman, Azlan telah bertemu dengan Cikgu Halim yang menjadi titik perubahannya pada ketika itu.

Cabaran Bermula
Sebagai Ejen Hartanah

Permulaan beliau sebagai ejen hartanah penuh dengan liku-liku yang mencabar. Hanya bermodalkan RM50 dan meminjam kereta buruk, Azlan melakukan kerja-kerja seperti mengedar risalah promosi lot tanah dan ke sana-sini memasarkan hartanah yang perlu dijual.

Sehingga kejayaan pertamanya dalam menjual 2 lot tanah dan mendapat pendapatan RM4,000 sebagai komisen.

Jika dibandingkan dengan pendapatannya mengutip sampah satu masa dahulu, pastinya amat jauh beza sekali jumlahnya. Beliau percaya akan keuntungan menjadi ejen hartanah sekiranya bersungguh-sungguh berusaha melakukannya.

Kepercayaan itu terbukti, dengan kesungguhan yang dilakukan, beliau berjaya memperoleh RM500,000 dalam tempoh 6 bulan.

Punca Keberkatan
Rezeki

Sebagai hamba Allah, pasti akan ada ujian. Azlan membantu membiayai yuran universiti adiknya dan melupakan hasrat untuk membeli kereta. Dengan menggunakan motor sahaja, puluhan ribu yang dijananya ketika itu hasil daripada jualan hartanah. 

Tidak menggunakan wang tersebut membeli kereta, beliau menggunakannya
bagi membina rumah untuk ibu dan ayahnya serta membantu membiayai pengajian 18
orang pelajar miskin dari Kemboja ketika itu.

Kerana Hartanah, Pengutip Sampah Kini Seorang Jutawan 3

Dengan sedekah dan keikhlasan, itulah punca berkatnya rezeki
beliau. Apabila rezeki berkat dan suci asbab sedekah, lebih mudah lagi urusan
dipermudahkan dan rezeki bertambah.

Kini, beliau telah menubuhkan syarikat sendiri dan mempunyai hartanah sendiri. Walaupun dugaan demi dugaan berlaku, beliau mengorak langkah dengan penuh hati-hati dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Pelbagai projek perumahan dan pembinaan hartanah bernilai ratusan hingga jutaan ringgit di Kelantan dan Terengganu adalah milik beliau.  Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik perancang dan penentu.

Kerana Hartanah, Pengutip Sampah Kini Seorang Jutawan 4

Siapa Kata Ejen Hartanah Susah Nak Berjaya?

Bayangkanlah, beliau hanya seorang pengutip sampah, apalah sangat ilmu yang ada ketika bermula. Yakinlah dengan apa yang anda lakukan, usahalah setinggi langit dan tawakallah sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dengan usaha, doa dan tawakal; kita pasti akan berjaya juga suatu hari nanti.

Sumber RujukanBookCafe

Kerana Hartanah, Pengutip Sampah Kini Seorang Jutawan 5

Kerana Hartanah, Pengutip Sampah Kini Seorang Jutawan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link