Infotainment

Kereta Tesla Diharamkan Di Lebuhraya China Atas Sebab Keselamatan – Amanz

Kereta Tesla Diharamkan Di Lebuhraya China Atas Sebab Keselamatan – Amanz 2

Tesla bukan syarikat yang pertama mengeluarkan kereta elektrik tetapi ia yang paling berjaya berkat promosi yang baik dan imej Elon Musk sebagai Thomas Alva Edison abad baharu. Antara ciri yang menjadi sebab kenderaan mereka menjadi pilihan ialah sistem Autopilot yang membolehkan kenderaan mempunyai kemampuan swapandu tahap 2. Tetapi akhir-akhir ini berlaku beberapa insiden kemalangan berprofil tinggi melibatkan Tesla ketika dalam mod swapandu.

Menurut laporan Electrek semalam, kereta buatan Tesla telah dihalang daripada dipandu di lebuhraya di Guangzhou. Polis melakukan pemeriksaan di tol masuk dan menghalang kereta Tesla dari menggunakan lebuhraya atas sebab keselamatan. Ia adalah langkah mengejut dilakukan pihak berkuasa selepas sebuah Tesla merempuh pembahagi jalan di Guangzhou pada 13 April lalu sebelum terbakar dan menyebabkan satu kematian.

Kereta Tesla Diharamkan Di Lebuhraya China Atas Sebab Keselamatan – Amanz 3

Tesla telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden ini dan berkongsi data 30 minit sebelum kemalangan berlaku dengan pihak berwajib untuk membuktikan kenderaan mereka selamat digunakan oleh pemilik. Hanya dua tahun lalu berlaku beberapa insiden Tesla Model S terbakar ketika dicas di Hong Kong.

Insiden yang berlaku memberikan impak negatif kepada Tesla kerana China ialah pasaran kedua terbesar mereka selepas Amerika Syarikat. Elon Musk sendiri dipetik berkata China kelak akan menjadi pasaran utama mereka sehingga membuka kilang kenderaan di Shanghai.

Kereta Tesla Diharamkan Di Lebuhraya China Atas Sebab Keselamatan – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo