Artikel Terkini

Kes pecah amanah kakitangan KRM, polis tunggu dokumen bank

Kes pecah amanah kakitangan KRM, polis tunggu dokumen bank
Kes pecah amanah kakitangan KRM, polis tunggu dokumen bank 1

KUALA LUMPUR – Polis sedang menunggu dokumen daripada pihak bank bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes pecah amanah dalam pengendalian akaun bank Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi berkata, dokumen tersebut dijangka diterima polis dalam masa terdekat.

“Kita masih menunggu dokumen daripada pihak bank untuk memperincikan siasatan lanjut kami dalam kes ini. Kemudian, kita akan meneliti dokumen serta cek dan rekod transaksi dalam akaun tersebut bagi mengenal pasti jumlah kerugian sebenar yang berlaku,” katanya hari ini.

Pada Rabu lalu, seramai tiga individu telah dipanggil oleh polis untuk membantu siasatan kes berkaitan dakwaan berlaku pecah amanah.

Siasatan untuk kes berkenaan sedang dikendalikan polis di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah.

Pada Isnin lalu, media tempatan melaporkan kegiatan pecah amanah itu disyaki dilakukan oleh salah seorang kakitangan KRM yang setakat ini gagal dihubungi dan dikesan.

Dalam satu kenyataan KRM, pihak itu menyatakan kakitangan itu didakwa memalsukan tandatangan presiden dan bendahari kehormat KRM bagi memasukkan nama beliau sebagai salah seorang penandatangan cek.

Individu itu kemudian didakwa telah memalsukan tandatangan untuk membuat transaksi wang tunai dari bank. – MalaysiaGazette

Kes pecah amanah kakitangan KRM, polis tunggu dokumen bank 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo