Berita

Kesan positif keyakinan pengguna | Harian Metro

Kesan positif keyakinan pengguna | Harian Metro 1

Kesan positif keyakinan pengguna | Harian Metro 2

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyambut baik penambahbaikan bantuan pembayaran balik bersasar yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pembentangan Belanjawan 2021.

Langkah terbaharu itu membuka laluan kepada golongan terjejas khususnya kumpulan B40, M40 dan perusahaan mikro menangani kesulitan dialami dan memberi peluang kepada mereka untuk pulih selepas berdepan cabaran yang berpunca daripada penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pihaknya menyedari Covid-19 memberi impak berbeza kepada masyarakat dan secara konsisten menghubungi pelanggan bagi memahami keperluan mereka.

Katanya, dari sudut ekonomi, penambahbaikan kepada bantuan bayaran balik bersasar ini memberi kesan positif terhadap keyakinan perniagaan dan pengguna.

“Ia jelas memperlihatkan institusi perbankan secara proaktif menangani kepayahan yang dihadapi pelanggan mereka.

“Kami gesa pelanggan tampil mendapatkan sokongan yang diperlukan. Bank Islam akan terus membantu mereka membuat keputusan dan menyediakan pilihan kewangan terbaik bagi membantu mereka mengatasi cabaran yang dialami,” katanya dalam kenyataan.

Kesan positif keyakinan pengguna | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo