Artikel Terkini

Ketangkasan Livakovic bantu Croatia atasi Brazil

Ketangkasan Livakovic bantu Croatia atasi Brazil
Ketangkasan Livakovic bantu Croatia atasi Brazil 1

DOHA – Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic sekali lagi diangkat sebagai wira apabila menjadi nadi kemenangan pasukannya ketika menundukkan juara lima kali, Brazil 4-2 pada penentuan penalti dalam aksi suku akhir di Stadium Education City sebentar tadi.

Selepas turut terpaksa bermain 120 minit ketika pusingan 16 terbaik menentang Jepun, skrip sama terus berulang pada perlawanan ini apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebelum pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Turun selaku pasukan pilihan, Brazil membawa misi mara ke separuh akhir buat kali kesembilan namun wakil Amerika Selatan itu seakan dipalit badi suku akhir selepas turut tersingkir di peringkat sama pada edisi 2006, 2010 dan 2018.

Kecuali pada penentuan penalti, sepanjang 120 minit permainan, Livakovic melakukan sekurang-kurangnya sembilan aksi menyelamat dan angka itu adalah yang terbesar pernah dilakukan oleh penjaga gol Croatia dalam satu-satu perlawanan di Piala Dunia.

Ketangkasan Livakovic bantu Croatia atasi Brazil 2
AKSI cemerlang penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic ketika menyelamatkan sepakan penalti pertama Brazil daripada Rodrygo – AFP

Keputusan ini menyaksikan bintang Brazil, Neymar dipalit perasaan bercampur baur ketika satu jaringan dilakukannya pada perlawanan ini meletakkan namanya sebaris dengan legenda Selecao, Pele sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 77 gol.

Terdahulu, sekalipun mencipta beberapa peluang menerusi Vinicius Junior dan Neymar, tiada ancaman besar mampu dihasilkan oleh Brazil untuk berada di kedudukan lebih baik sebelum memasuki bilik persalinan.

Sepanjang 45 minit pertama, pengendali Croatia, Zlatko Dalic pastinya menjadi individu paling gembira melihat komitmen anak buahnya yang menunjukkan aksi berdaya saing terutamanya ketika melakukan tugasan bertahan.

Di babak kedua, Livakovic sekali lagi menyerlahkan ‘tangan emas’ miliknya ketika menafikan peluang terbaik skuad Selecao selepas bertindak cemerlang menghalang percubaan Lucas Paqueta pada minit ke-66 sekaligus memaksa aksi diheret ke masa tambahan.

Sebaik memasuki masa kecederaan separuh masa pertama masa tambahan, Neymar membuktikan khidmatnya begitu penting buat Brazil dengan meledak gol pembukaan perlawanan namun pemain gantian Croatia, Bruno Petkovic kembali menyamakan kedudukkan.

Pada detik penentuan penalti, sepakan pertama Brazil daripada Rodrygo berjaya diselamatkan oleh Livakovic manakala sepakan Marquinhos terkena tiang.

Keempat-empat sepakan Croatia daripada Nikola Vlasic, Lovro Majer, Luka Modric, Mislav Orsic berjaya disudahkan dengan jaringan. – KOSMO! ONLINE


Ketangkasan Livakovic bantu Croatia atasi Brazil 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo