Artikel Terkini

Ketua Pengarah JPA dipecat?

Ketua Pengarah JPA dipecat?
Ketua Pengarah JPA dipecat? 1

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dikatakan telah ditamatkan semalam.

Menurut laporan FMT yang memetik sumber, tindakan itu diambil atas nasihat lembaga disiplin yang membuat keputusan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Sebelum itu, tersebar gambar surat pemecatan itu di media sosial yang kononnya ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Surat itu menyatakan perkhidmatan Mohd Shafiq ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49(3) Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1983 dan peraturan 10(5)(d) Akta Pencen.

Bagaimanapun kesahihan surat itu tidak dapat disahkan.

Mohd Shafiq sebelum ini terbabit dengan satu kontroversi selepas seorang pegawai imigresen mengadu Shafiq mengherdiknya ditempat awam.

Satu jawatankuasa tertinggi kemudiannya ditubuhkan untuk menjalankan siasatan.

Panel siasatan diketuai Peguam Negara Idrus Harun dan dianggotai Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki dan Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul.
Beliau adalah ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dilantik mengetuai JPA pada Februari lalu. – MalaysiaGazette

Ketua Pengarah JPA dipecat? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo