Berita

Kirim gambar mayat isteri kepada mentua

Kirim gambar mayat isteri kepada mentua 1

Kirim gambar mayat isteri kepada mentua 2

Moscow: Menyedihkan apabila dua beradik di Rusia berusaha ‘membangunkan’ ibu mereka yang sudah tidak bernyawa selepas dipukul sampai mati oleh bapa mereka sendiri.

Kejadian tragis di bandar Zlatoust itu berlaku apabila Dmitry Sergeev menyeksa isterinya, Svetlana Sergeeva sampai mati di depan anak mereka berusia 10 bulan dan lima tahun itu.

Lebih kejam lagi, lelaki itu sempat merakamkan foto keadaan isterinya itu sebelum mengirimkannya kepada mentua dengan menyatakan wanita itu mabuk.

Jiran mereka yang datang ke rumah pasangan itu melihat bayi dan kanak-kanak itu berada di sisi ibu mereka, sambil cuba ‘membangunkan’ wanita yang tidak bernyawa itu.

Berdasarkan dokumen mahkamah, kejadian itu berpunca selepas Sergeev pulang dalam keadaan mabuk selepas berparti dengan rakannya.

Sergeev berang apabila Svetlana tidak membenarkannya masuk sebelum berjaya masuk ke rumah dengan memecahkan cermin tingkap.

Mahkamah diberitahu perincian kejadian, Sergeev memukul isterinya sampai mati sebagai hukuman.

Akibat perbuatan kejamnya itu, lelaki itu kemudian dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara.

Dalam pada itu, keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan merancang merayu hukuman demi keadilan mangsa.

“Keputusan ini tidak adil ia adalah kes pembunuhan.

“Kami sedih kerana ketika mengambil Svetlana di bilik mayat, kami melihat wajah dan lehernya lebam teruk,” kata bapa mangsa, Anatoly Chiglinstev dalam portal The Sun.

Kirim gambar mayat isteri kepada mentua 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo