Infotainment

‘Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama’ – Haqiem Rusly

‘Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama’ – Haqiem Rusly
'Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama' – Haqiem Rusly 1

Kini Trending

‘Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama’ – Haqiem Rusly

Umum tahu, penyanyi terkenal Haqiem Rusly sudah selamat bergelar suami pada pasangannya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, pada petang Jumaat.

Artikel Berkaitan: Haqiem Rusly Selamat Bernikah, Diraikan Dalam Majlis Perkahwinan Bernilai Lebih RM7 Juta

'Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama' – Haqiem Rusly 4

Pada sebelah malam hari yang sama, Haqiem dan Sofea mengadakan majlis resepsi yang dihadiri keluarga terdekat, sahabat handai dan juga pihak media.

Ketika ditemui OhBulan!, Haqiem, 24, menyatakan Sofea, 19, bukan dikenali daripada kalangan peminat tetapi mereka diperkenalkan oleh kawan ketika bertemu untuk berbincang mengenai bisnes.

Pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli menyifatkan kisah cintanya bersama Sofea bermula daripada pandangan pertama.

Kami diperkenalkan kawan. Dia bukan peminat saya seperti yang ramai sangka. Kali pertama bertemu, ketika kami berbincang mengenai bisnes restoran steambot yang akan diusahakan, hati saya sudah tertarik dengan dirinya.

Sedar ketika itu masih terlalu awal hubungan kami, saya beranikan diri tulis nota dan bagitahu saya suka dia (Sofea).

Saya sukar berkawan dengan perempuan. Namun, dengannya, hati saya terbuka untuk mengenalinya lebih dekat lagi. Daripada situ, kami mula berkawan hingga saya memutuskan untuk memperisterikan Sofea.

Untuk menunjukkan serius dengan hasrat itu, saya nekad bertemu kedua orang tuanya untuk meminta izin bagi menghalalkan hubungan kami.

'Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama' – Haqiem Rusly 6

Ditanya tentang lokasi bulan madu, bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 33, berkata perancangan asalnya mereka ingin ke luar negara iaitu Korea bagi memenuhi minat isteri tercinta, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Namun, disebabkan masih ada tuntutan kerja yang belum diselesaikan, pasangan ini memilih untuk ke negeri Sabah.

Untuk destinasi bulan madu, Insya-Allah kami akan ke Sabah. Kalau ikut perancangan asal nak pergi luar negara, Sofea suka Korea.

Tatapi terpaksa ditangguh sebab saya ada komitmen kerja pada hujung minggu. Walaupun saya tak minat sangat tetapi tetap saya akan bawa dia selepas segala urusan selesai.

Terdahulu, Haqiem menyerahkan wang hantaran RM100,000 dan mas kahwin RM300 pada hari pernikahan. Majlis gemilang bak taman syurga yang menjelmakan keajaiban dan magikal ini dianggarkan bernilai lebih RM7 juta.

Di samping itu, Haqiem turut menghadiahkan isteri tercinta sebuah lagu karyanya sendiri berjudul Hitam Saksi Putih yang didendangkan merdu semasa majlis resepsi.

Sumber: @aqoimran


'Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama' – Haqiem Rusly 8

The following two tabs change content below.


'Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama' – Haqiem Rusly 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo