Infotainment

Kisah Ringkas Di Sebalik Gambar Pelumba ‘Mountain Bike’ Serba Kekurangan Di Kemboja

Kisah Ringkas Di Sebalik Gambar Pelumba 'Mountain Bike' Serba Kekurangan Di Kemboja 1

Kisah Ringkas Di Sebalik Gambar Pelumba 'Mountain Bike' Serba Kekurangan Di Kemboja 2

Sejak semalam tular satu perkongsian di media sosial beberapa gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menyertai perlumbaan basikal mountain bike bersama peserta-peserta lain.

Gambar berkenaan mencuri perhatian selepas penampilannya yang kelihatan serba kekurangan jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain. Bukan sahaja menggunakan basikal yang kelihatan lama namun dia juga tidak memakai kelengkapan keselamatan seperti topi keledar dan juga kasut.

EmdN_FoVoAE6J_S

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CAMBODIA MTB SERIES

Terpegun dengan gambar yang menunjukkan semangat juang tinggi kanak-kanak berkenaan, kami kemudiannya cuba mendapatkan maklumat mengenai beliau dan akhirnya menjumpai sedikit petunjuk mengenai kisah di sebalik gambar itu.

Berdasarkan watermark yang dibekalkan gambar berkenaan kami kemudiannya menemui page rasmi kejohanan tersebut dan seperti dijangka ia dipenuhi dengan komen netizen yang bertanyakan mengenai kesahihan gambar berkenaan.

Ia susulan mungkin ramai yang tertanya-tanya akan keaslian gambar kanak-kanak berkenaan dan jika gambar itu betul-betul diambil bagaimanakah dia dibenarkan untuk bertanding.

Hal ini kerana beliau seperti yang ditunjukkan dalam gambar berkenaan tidak memakai kelengkapan yang sesuai (malah tidak cukup) untuk dibenarkan bertanding dalam mana-mana perlumbaan di tempat lain.

Perlumbaan yang disertai kanak-kanak tersebut difahamkan adalah perlumbaan peringkat umur menerusi beberapa hantaran yang dibuat di page Facebook Cambodia MTB Series.

Memang peserta dan gambar sebenar

Memandangkan sudah ramai yang bertanya akan gambar berkenaan, kami kemudiannya menemui satu komen dan balasan yang mungkin memberikan jawapan kepada mereka yang tertanya-tanya sebelum ini.

Komen tersebut yang ditulis dalam bahasa Inggeris bertanyakan “kami ingin bertanya adakah kanak-kanak ini peserta rasmi perlumbaan?” soal seorang netizen di ruangan komen.

Walaupun tidak menjawab dengan langsung namun jawapan yang diberikan pengendali page itu mungkin memberikan jawapan bagaimana kanak-kanak berkenaan boleh menyertai perlumbaan mountain bike itu.

“Kanak-kanak dari kawasan setempat akan muncul sebelum bermulanya perlumbaan dan kami benarkan mereka berlumba tanpa sebarang yuran.

“Tetapi kebanyakan daripada mereka tidak memakai topi keledar, jadi persoalan utama adakah kami patut membenarkan mereka berlumba atau pun tidak.

“Jawapannya kami putuskan untuk membenarkan mereka untuk membuatkan berasa gembira,” balas komen berkenaan.

2611

Dan kini selepas kisahnya tular, netizen dan juga akaun Twitter OhBulan hari ini juga dilihat berkongsikan gambar kanak-kanak berkenaan yang difahamkan sudah menerima hadiah berupa sebuah basikal daripada seorang lelaki.

Hantaran asal Facebook berkenaan yang dibuat seorang lelaki Lang Tyeleang menunjukkan beliau menghadiahkan basikal kepada kanak-kanak berkenaan yang dijumpainya selepas melakukan pencarian.

Now I find that boy and give him a bike for his hard work and good attitude.

Posted by Lang Tyleang on Tuesday, November 10, 2020

Walaupun masih banyak tidak diketahui mengenai kanak-kanak tersebut namun kisah ringkas yang dikongsikan hari ini mungkin memberi sedikit maklumat mengenai beliau.

Kisah beliau dan kanak-kanak lain yang tidak takut untuk menyertai pertandingan walau serba kekurangan dan kelembutan hati pihak penganjur untuk membenarkan mereka menyertainya harus menjadi teladan kepada kita semua.

Baca juga kisah gadis berbahaya ini yang tular di media sosial gara-gara videonya dijadikan TikTok oleh netizen melalui pautan di bawah. 

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial

Sering Jadi Bahan Meme, Siapakah Lelaki Bermuka Garang Yang Sedang Mencekak Pinggang Ini?

Kisah Si Salim Yang Tidak Pernah Jemu Mengetuk Pintu Rezeki Di Bumi Asing




Kisah Ringkas Di Sebalik Gambar Pelumba 'Mountain Bike' Serba Kekurangan Di Kemboja 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo