Artikel Terkini

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 1

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 2

Jatuh bangun sesebuah syarikat itu adalah lumrah bagi syarikat yang menjalankan perniagaan. Ada di antara syarikat yang jatuh tersungkur dan tidak dapat bangkit seperti Kodak dan Forever 21. Ada pula sebahagian syarikat yang berjaya diselamatkan dan kembali menjadi sebuah syarikat yang menguntungkan.

Jemput baca di sini untuk mengetahui senarai syarikat yang berjaya diselamatkan dari muflis.

Kali ini mari kita ambil pengajaran bagaimana sebuah syarikat pembuat selipar yang terkenal di Amerika Syarikat iaitu Crocs, yang hampir muflis kembali menawan hati para pengguna mereka dengan memahami kehendak masyarakat yang inginkan perubahan.

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 3
Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 12

Crocs adalah sebuah syarikat yang menghasilkan selipar menggunakan teknologi foam yang memberi kelebihan dari segi berat, bau dan ketahanan.

Syarikat ini diasaskan oleh tiga orang sahabat iaitu George B. Boedecker, Lyndon V. Hanson III, dan Scott Seamans  yang mempunyai latar dalam bidang keusahawanan. Mereka mendapat idea untuk menghasilkan Crocs ini ketika mereka belayar ke Kepulauan Caribbean.

Pada masa tersebut mereka telah memakai selipar yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Kanada dan merasa selesa dengan selipar tersebut. Mereka bertiga sepakat untuk memasarkan kasut keluaran syarikat tersebut menggunakan label mereka sendiri.

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 4
Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 13

Pada tahun 2004, mereka telah membeli hak eksklusif teknologi kasut tersebut dari pengilang di Kanada. Mereka telah menjenama semula kasut mereka sebagai Crocs.

Jualan yang dihasilkan oleh syarikat mereka semakin baik dan akhirnya pada tahun 2006, mereka telah mengapungkan saham mereka di Nasdaq, pasaran saham Amerika Syarikat.

Jualan selipar mereka semakin meningkat dan mereka telah mempelbagaikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut sehingga mereka turut mengeluarkan kasut berjenama Crocs. Sambutan yang diterima begitu memberangsangkan.

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 5
Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 14

Kemuncaknya adalah pada tahun 2007 yang mana jualan Crocs ini telah melebihi $1 bilion dan merupakan pencapaian yang sangat luar biasa bagi syarikat yang baru diapungkan di dalam pasaran saham. Malangnya perkara itu tidak berlaku pada tahun seterusnya.

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 6
Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 15

Dengan krisis kewangan yang melanda pada tahun 2008, telah membuatkan syarikat ini benar-benar jatuh tersungkur. Harga saham mereka jatuh dengan mendaddak sehingga paras $1.04 dari $68.98.

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 7
Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 16

Mereka juga terpaksa menutup beratus buah kedai kerana tidak mampu untuk menanggung kerugian. Tahun demi tahun, kedudukan kewangan semakin teruk dan syarikat ini telah hampir muflis.

Pada tahun 2013, syarikat ini telah disuntik dengan modal pelaburan oleh syarikat pelaburan yang terkenal di Amerika Syarikat, Blackstone. Mereka telah menyuntik dana pelaburan sebanyak $200 juta ke dalam syarikat tersebut.

Dengan penukaran CEO yang baru, hala tuju syarikat ini semakin jelas. Mereka telah mengurangkan jumlah produk dan kembali kepada produk yang mendapat perhatian pelanggan mereka.

Mereka kembali kepada konsep asal perniagaan mereka iaitu dengan menghasilkan kasut yang selesa dipakai walaupun tidak menawan. Kini dengan matlamat yang betul, Crocs telah kembali menakluk hati para penggemar mereka.

Pada tahun 2018, syarikat ini telah berjaya membuat keuntungan yang luar biasa. Mereka juga menggunakan startegi outsorce yang mana menggunakan pihak ketiga dalam menghasilkan barangan Crocs.

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 8
Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 17

Walaupun begitu, syarikat ini tidak terlepas dari kontroversi yang dicipta oleh para pembenci mereka. Para haters mereka yang menggelar barangan keluaran syarikat ini sangat hodoh dan berjaya mengumpul ahli Facebook di dalam group “I Dont care How Comfortable Crocs Are, You Look Like A Dumbass” yang mempunyai 1.2 juta ahli.

Menurut CEO syarikat, Crocs akan berkolaberasi dengan beberapa influencer mereka bagi menarik lebih ramai peminat untuk memakai jenama ini.

Sumber Rujukan:

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 9
Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 10

Kisah Syarikat Crocs Yang Berjaya Terselamat Dari Muflis 2

Source link