Berita

Kluster Halban: Guna dron pantau kawasan madrasah

Kluster Halban: Guna dron pantau kawasan madrasah 2

Kota Bharu: Polis Kelantan menggunakan dron untuk memantau pergerakan penduduk sekitar kawasan Madrasah Daril Naim, Melor di sini susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula sejak kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penggunaan teknologi itu adalah berikutan faktor geologi yang mana terdapat bendang padi di belakang kawasan berkenaan.

“Penggunaan dron adalah untuk membuat pemantauan dari udara berikutan kedudukan rumah agak rapat dan penghuninya ramai dalam kalangan warga emas termasuk kanak-kanak.

“Kawalan di kawasan ini agak senang dibuat kerana dikelilingi pagar dan bendang padi di bahagian belakang pula tidak boleh dilalui orang ramai,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan di madrasah itu, semalam.

Madrasah yang menempatkan 161 penghuni itu dijalankan PKPD bermula semalam sehingga 11 Januari 2021 bagi mengekang penularan Kluster Halban yang dikesan di kawasan terbabit.

Shafien berkata, untuk perkembangan terkini, seramai 15 lagi penghuni madrasah itu dibawa ke hospital semalam dan jumlah keseluruhannya sudah melebihi 60 orang yang sedang mendapatkan rawatan di beberapa hospital.

“Untuk kawalan di kawasan ini, dua laluan dibuat manakala untuk pergerakan penduduk kampung pula, mereka mempunyai jalan lain dan setakat ini, kami mendapat kerjasama sangat baik daripada semua pihak,” katanya.

Mengenai Kluster Pintu Geng yang dikesan tiga hari lalu, Shafien berkata, pihaknya membuat pemantauan di kawasan berkenaan membabitkan semua aspek.

Pihaknya juga dimaklumkan bahawa majoriti penduduk di kawasan itu menjalankan langkah keselamatan sendiri iaitu tidak keluar daripada kediaman masing-masing sebagai langkah pencegahan penularan.

“Ia satu langkah yang baik dan wajar dipuji kerana dapat membendung penularan wabak dan kita sangat alu-alukan,” katanya.

Dalam perkembangan mengenai 15 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu yang dikenal pasti kontak rapat dengan seorang tahanan positif Covid-19, Shafien berkata pihaknya sedang menunggu keputusan ujian calitan kali kedua.

Menurutnya lagi, kesemua anggota yang sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing itu adalah kontak rapat kepada tahanan kes komersil dari zon merah iaitu Selayang, Selangor.

“Jika keputusan (ujian calitan) negatif, negatif lah. Jika sebaliknya, kita hadapinya,” katanya.

Kluster Halban: Guna dron pantau kawasan madrasah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo