Berita

Kongsi ilmu nasyid | Harian Metro

Kongsi ilmu nasyid | Harian Metro 2

JUARA Gema Gegar Vaganza musim kedua, Dr Fitri Haris gembira diberi tanggungjawab untuk mengkaji berkenaan muzik nasyid di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Dana Kandungan Digital (DKD).

Malah Fitri, 35, yang kini dikenali sebagai Dr Pit turut mendapat sokongan daripada SCIMPA, Universiti Utara Malaysia (UUM )dan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia).

Menurutnya, antara kandungan yang dipasarkan kepada umum adalah ‘Apakah Sebenarnya Nasyid?

“Saya menghuraikan apakah perbezaan nasyid dengan muzik -muzik lagu ketuhanan yang lain?

“Apakah elemen-elemen yang diperlukan bagi meletakkan sesuatu muzik atau landskap muzik itu sebagai nasyid? Siapakah penasyid?

“Hasil kajian saya ini menjelaskan secara terperinci apa itu nasyid dan perkara-perkara berkaitan,” katanya.

Menerusi kajian dibuat, Dr Fitri mendapati terma nasyid ini hanya digunakan di tiga negara sahaja iaitu Malaysia, Indonesia dan Turki.

Pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Musikologi (Muzik Islam) dari Universiti of Nottingham, United Kingdom ini mengakui, dia kini mahu mengorak langkah dengan memberi tumpuan pada sumbangan legasi ilmu.

“Kajian berkenaan dilakukan dalam tempoh selama tiga bulan, selain pemerhatian yang dibuat selama antara empat hingga lima tahun.

“Saya pecahkan kepada beberapa segmen dan dalam tempoh ini, saya menemubual seramai 45 individu terdiri daripada penyanyi nasyid, penyanyi biasa, pihak media dan Sarjana Islam.

Hasil penemuan kajian ini sangat penting supaya penggiat industri muzik di Malaysia dapat memahami terma dan elemen yang betul dalam meletakkan sesuatu muzik itu pada segmen sepatutnya,” katanya.

MEMIKUL tanggungjawab mengkaji muzik nasyid di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
MEMIKUL tanggungjawab mengkaji muzik nasyid di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Dr Fitri yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM, berkata ini tahun ketiga dia memperkasakan modul This is Nasyid dengan beberapa buah negara yang dijelajahinya.

“Antara negara terbabit ialah United Kingdom dan Mesir. Namun perancangan modul ini ke negara lain nampaknya terbantut akibat pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun ujian ini membuka peluang yang lain melalui kaedah pemasaran digital dengan kerjasama KKMM.

“Hasil kajian ini diterbitkan dalam bentuk video berdurasi lima minit

sebanyak lima episod yang mula ditayangkan di saluran YouTube saya, Fitri Haris Official sejak 18 Disember lalu. Manakala, terbitan dalam bentuk buku pula akan dipasarkan pada tahun depan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Fitri dan isterinya Fazilah Omar menubuhkan syarikat produksi dinamakan Niyatenson Empire Sdn Bhd yang memberi tumpuan dalam penerbitan dokumentari, drama dan mungkin filem yang akan dijalankan pada tahun depan.

“Saya kini memberi tumpuan kerjaya ke arah memperkasakan modul kefahaman nasyid di peringkat tempatan dan antarabangsa melalui saluran digital dan rangkaian pendidikan sedia ada.

“Saya juga aktif memberi ceramah bermodul kepada badan-badan kerajaan dan swasta serta banyak bekerjasama dengan stesen radio tempatan untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat.

“Saya juga akan menjadikan lakonan sebagai bidang baharu pada tahun depan dengan menerajui watak utama drama berjudul Light and Love di bawah terbitan Nurflix TV,” katanya.

Kongsi ilmu nasyid | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo