Berita

Kongsi kasih dalam muzik | Harian Metro

Kongsi kasih dalam muzik | Harian Metro 2

PROGRAM realiti terbaharu di TV3, Famili Duo menampilkan 40 pasangan selebriti Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Program itu adalah ‘spin-off’ daripada program Family Singing Show di 8TV yang mulai bersiaran setiap Ahad sejak 14 Februari lalu jam 9 hingga 11 malam sebanyak lapan episod.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Famili Duo adalah program realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia.

“Kami berharap program ini dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga dan menghubungkan individu menerusi muzik dalam berkongsi erti kasih sayang.

“Dalam keadaan kita yang masih berjuang melawan Covid-19, kami sentiasa peka dalam aspek keselamatan di samping menyediakan program TV berkualiti dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat. Jadi, Famili Duo diperkenalkan pada masa sekarang kerana ia amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga,” katanya.

Pada episod pertama menerusi pasangan adik-beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani iaitu anak penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dipilih sebagai Pasangan Famili Duo Pilihan yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Pasangan adik-beradik lain yang bertanding ialah Amira Othman dan Irfan Haris, Naim Daniel dan Emylia Izzati, Syafie Naswip dan Sapawi serta Tajul dan Beby Acha.

ASHIRA dan bapa, Syed Aziz.
ASHIRA dan bapa, Syed Aziz.

Episod dua yang ditayangkan semalam menampilkan pasangan ibu bapa dan anak selebriti iaitu Siti Sairah dan Umairah, Ashira dan Syed Aziz, Aisha Retno dan Jen Retno, Sharifah Zarina dan Athalia serta Sharifah Shahira dan Tallisya.

Enam lagi kategori lain yang bakal dipersembahkan dalam program ini adalah suami isteri (episod tiga), ibu/bapa dengan anak (episod empat), sepupu (episod lima), bapa saudara/ibu saudara dan anak saudara (episod enam), adik-beradik (episod tujuh) dan suami isteri (episod lapan).

Setiap peserta perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu lagu ‘cover song’ untuk menghasilkan muzik video dan satu lagi nyanyian di pentas.

SHIRA dan anak, Tallisya.
SHIRA dan anak, Tallisya.

Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri. Juara mingguan iaitu Pasangan Famili Duo Pilihan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Famili Duo yang dihoskan Uyaina Arshad turut dimeriahkan dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri.

Program ini menampilkan lima pasangan selebriti yang

mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod.

Famili Duo dibawakan oleh Foodpanda yang bertindak sebagai penaja utama musim ini.

Ia diterbitkan Mohd Jamira Ramli, manakala Nurhul Huda Khalid selaku Penerbit Eksekutif.

SAIRAH dan anak, Umairah.
SAIRAH dan anak, Umairah.

Kongsi kasih dalam muzik | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo