Infotainment

Kongsi Video ‘Malam Pertama’ Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman

Kongsi Video 'Malam Pertama' Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman 2

Kini Trending

Kongsi Video 'Malam Pertama' Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman 3

Youtuber terkenal yang berasal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar telah sah bergelar suami kepada penyanyi Aurel Hermansyah pada 3 April 2021 yang lalu. Pernikahan anak perempuan pasangan penyanyi Anang Hermansyah dan Krisdayanti bukan sahaja mencuri tumpuan peminat di Indonesia bahkan di Malaysia juga.

Artikel Berkaitan: YouTuber Popular Indonesia Atta Halilintar Selamat Nikah, Presiden Jokowi Jadi Saksi

Terbaru, nama pengantin baru ini sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas Atta Halilintar memuat naik klip video ‘malam pertama’ bersama isteri di akaun Youtube miliknya.

Kongsi Video 'Malam Pertama' Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman 4

Memetik laporan Suara.Com, Youtuber terkenal ini dipercayai telah memuat naik sebanyak empat sedutan video menceritakan tentang kisah ‘malam pertamanya’ bersama isteri. Antara video tersebut adalah “Malam Pertama Atta Aurel“, ”Kamar Malam Pertama Atta Aurel Kamar Raja Salman“. Seterusnya, “Malam Pertama Aurel di Rumah Atta” dan yang terakhir adalah “Buka Kado Malam Pertama Atta Aurel dan Ibu Jokowi”. 

Berdasarkan video pertama yang dimuat naik Atta Halilintar memaparkan dia dan isteri berjalan memasuki sebuah bilik di hotel yang sudah dihiasi dengan taburan bunga mawar di atas katil. Pasangan ini sempat merakam ‘aksi mesra’ mereka berbaring dan berehat di atas katil sambil berbual. Selain itu, Atta dan isteri turut merakam aktiviti mereka pada keesokan paginya seperti mengemaskan diri dan makan bersama.

Kongsi Video 'Malam Pertama' Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman 5

Perkongsian itu secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan pasangan ini yang disifatkan terlalu ‘terbuka’.

Bukan itu sahaja, Ketua Nahdlatul Ulama Pa­pua, Fritz Haryadi dari pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) turut terpanggil untuk memberi ‘teguran’ kepada pasangan ini. Menurut, Fritz Haryadi, meskipun video yang dimuat naik Atta itu bukanlah berunsur pornografi tetapi ianya dianggap memberi pengaruh negatif kepada generasi muda.

Dengan subscribers yang rata-ratanya remaja sekolah, Atta Halilintar memuat naik video malam pertamanya. Lima juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Ia adalah kebodohan yang sudah terlalu lama disajikan kepada generasi muda kita.

Difahamkan, sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 6 juta tontonan dan menerima hampir 33 ribu komen dari netizen.

Sumber: Atta Halilintar, Suara.Com, Tribunnews


Kongsi Video 'Malam Pertama' Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman 6

The following two tabs change content below.

Kongsi Video 'Malam Pertama' Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman 7
Kongsi Video 'Malam Pertama' Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman 7



Kongsi Video 'Malam Pertama' Di Youtube, Atta Halilintar & Aurel Terima Kecaman 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo