Infotainment

Konon Akan Dianggap Hebat, Doktor Gesa Henti Trend Makan Makanan Pedas Melampau

Konon Akan Dianggap Hebat, Doktor Gesa Henti Trend Makan Makanan Pedas Melampau 1

Kini Trending

Konon Akan Dianggap Hebat, Doktor Gesa Henti Trend Makan Makanan Pedas Melampau 2

Trend makan makanan pedas melampau sudah menjadi ikutan rakyat Malaysia. Malah, ada yang sanggup membahayakan diri demi sebuah content untuk tatapan pengikut di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis ‘Hantu’ Makanan Pedas Pasrah Tanggung Barah Ovari – ‘Mak Pesan Jangan Selalu Makan Pedas’

Konon Akan Dianggap Hebat, Doktor Gesa Henti Trend Makan Makanan Pedas Melampau 4

Doktor Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil bersuara tentang cabaran makan makanan yang berisiko itu. Gesa Dr Kamarul, trend ini harus dihentikan serta merta kerana tercenderung ke arah membahayakan kesihatan.

Menurut Dr. Kamarul, makanan pedas menjadi penyumbang kepada faktor gastroesophageal reflux disease (GERD) dan boleh menyebabkan pedih ulu hati dan sendawa berasid.

Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas. Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.

Biasanya, apabila sudah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar sahaja. Ini sesuatu yang tak bagus untuk penghadaman makan yang bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

Selain itu, di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ini adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.

Apabila tidak dikunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tidak mendapatkan sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi kan?

Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.

Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.

Konon Akan Dianggap Hebat, Doktor Gesa Henti Trend Makan Makanan Pedas Melampau 6

Dalam pada itu, Dr. Kamarul menyatakan generasi sekarang akan dianggap hebat sekiranya menyahut cabaran yang popular di internet. Oleh sebab itu, apa yang perlu diubah adalah diri sendiri iaitu dengan menghentikan cabaran memakan makanan pedas yang melampau itu.

Ini kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang ‘cool’.

Siapakah yang menanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makanan dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi. Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas!

Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan dan buasir berdarah. Jadi, kita jugalah yang bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tidak usahlah buat cabaran-cabaran itu semua lagi.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan


Konon Akan Dianggap Hebat, Doktor Gesa Henti Trend Makan Makanan Pedas Melampau 8


Konon Akan Dianggap Hebat, Doktor Gesa Henti Trend Makan Makanan Pedas Melampau 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo