Infotainment

Kotor Dan Tidak Peduli, Dua Warga Rohingya Berniaga Air Tepi Jalan ‘Claim’ Jenama Orang Lain

Kotor Dan Tidak Peduli, Dua Warga Rohingya Berniaga Air Tepi Jalan 'Claim' Jenama Orang Lain 2

Umum mengetahui bahawa dahulunya Malaysia menerima kedatangan warga muslim Rohingya dengan tangan terbuka untuk menetap di negara ini atas alasan kehidupan mereka di penempatan asal ditindas oleh pemimpin Myanmar.

Diberikan perlindungan menetap di negara ini, timbul pula isu warga Rohingya ini berlagak seperti hidup di negara sendiri sedangkan mereka hanya sekadar menumpang sahaja.

Terbaharu, tular video oleh seorang pengguna media sosial yang memaparkan kegiatan dua lelaki warga Rohingya rancak menjalankan perniagaan jual air kelapa di tepi longkang di persimpangan D’Alpinia /16 Siera, Puchong, Selangor.

Aduan pengguna jalan raya terdapat warga asing menjual air kelapa yang mana mutu kebersihan sangatlah diragui. Mohon pihak berwajib pantau aktiviti mereka ini..Lokasi : persimpangan D’Alpinia/16 Sierra

Posted by Negeri Sembilan kini on Monday, February 15, 2021

Menerusi video tersebut, jelas terlihat dua warga Rohingya itu tidak mementingkan aspek kebersihan dan lebih menjijikkan apabila mereka duduk sambil membancuh air kelapa di atas jalan yang kotor tanpa beralaskan meja serta beratapkan khemah perniagaan. Bukan itu sahaja, secawan air kelapa dijual dengan harga RM5 dan harganya cukup tidak munasabah untuk dibeli.

Lebih mengejutkan, mereka turut menyalahgunakan jenama serta nombor telefon syarikat perniagaan Mangga Asam Boi Honey pada bunting yang digantung pada badan untuk mempromosikan jualan air kelapa mereka.

Berhubung isu yang tular berkenaan, pemilik syarikat berkenaan membuat laporan kepada pihak polis berkaitan isu penyalahgunaan jenama syarikat seperti yang dilakukan oleh dua warga Rohingya ini demi mempromosikan perniagaan air kelapa mereka.

Justeru itu, diharap pihak yang bertanggungjawab sudi ‘membuka mata’ dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membendung masalah kebajikan serta pekerjaan yang melanda warga Rohingya di negara ini.

Raih sumbangan berlebihan, pelarian Rohingya dilaporkan jual semula bantuan makanan. Klik pautan di bawah untuk bacaan selanjutnya.

Raih Sumbangan Berlebihan, Pelarian Rohingya Dilaporkan Jual Semula Agihan Bantuan Makanan

Kenapa Masyarakat Muslim Rohingya Tidak Sepatutnya ‘Merayakan’ Rampasan Kuasa Di Myanmar?

Penyakit Dan Jenayah Meningkat, Kerajaan Bangladesh Pindahkan Pelarian Rohingya Ke Pulau Terbiar



Kotor Dan Tidak Peduli, Dua Warga Rohingya Berniaga Air Tepi Jalan 'Claim' Jenama Orang Lain 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo