Infotainment

‘Koyak’ Diherdik Netizen Isu Carl Samsudin, Erma Fatima Minta Maaf

‘Koyak’ Diherdik Netizen Isu Carl Samsudin, Erma Fatima Minta Maaf
'Koyak' Diherdik Netizen Isu Carl Samsudin, Erma Fatima Minta Maaf 1

Gara-gara memberi pendapatan mengenai influencer memalukan gelandangan warga emas baru-baru ini, pengarah terkenal Erma Fatima dikecam teruk oleh netizen.

Tidak mahu lagi perkara itu berterusan, Erma mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram. Ujarnya lagi, dia tidak mahu isu mengenai influencer itu terus tular.

BACA: “Dia Tak Biadap, Mungkin Cara Dia Ganas Sikit”

“Saya minta ampun dan maaf kerana terpaksa tutup semua komen yang ada dalam IG. Niat saya buka IG untuk seronok dan kongsi aura positif.

“Sejak kisah Carl ini, terlalu banyak maki-makian… saya rasa itu satu aura tidak bagus dan toksik. Saya tak perlu orang memaki dan menggalakkan lagi orang maki.

“Saya tak berminat… isu Carl ini tak perlu viral. Saya dah tua dan dah nak mati. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Dah tak ada masa nak fikir fasal viral. Anda ada prinsip anda, begitu juga saya,” katanya.

Dalam pada itu, Erma berkata dia tidak pernah menggunakan bahasa tidak elok dalam menyuarakan pendapat sama juga seperti Carl Samsudin.

“Saya tak guna bahasa tidak baik… begitu juga Carl. Mungkin peradaban, dia sedikit kasar tapi masing-masing ada prinsip. Masing-masing ada hak untuk komen. Platform saya bukan tempat untuk maki, terpaksa tutup komen untuk ketika ini bagi meredakan emosi anda,” ujarnya.

Kata Erma lagi, dia mengakui kesal dengan sikap anak muda yang turut bercerita tentang adab namun menggunakan bahasa kesat di media sosial.

“Saya akui saya rasa ‘koyak’ dan rabak tengok anak muda bangsa kita yang konon-kononnya bercerita tentang adab tapi peradaban anda dalam sosial media… nauzubillah.

“Saya minta maaf kepada yang suka dan tak suka, minta maaf untuk seketika ini, kita tutup dahulu komen,” jelasnya lagi.


'Koyak' Diherdik Netizen Isu Carl Samsudin, Erma Fatima Minta Maaf 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo