Infotainment

KPM Umum UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun Ini, PT3 2021 Dibatalkan

KPM Umum UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun Ini, PT3 2021 Dibatalkan 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini mengumumkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2021 dibatalkan. Perkara itu diumumkan sendiri Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

“Selaras pemansuhan, Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) khas bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran turut dimansuhkan.

“Kaedah pentaksiran tahun 6 akan diberi tumpuan berdasarkan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun ini dan untuk kemasukan ke asrama untuk tahun 2022, pelajar akan dinilai berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK),” jelasnya.

Difahamkan, keputusan pemansuhan UPSR ini telah mendapat sokongan dan pandangan yang melibatkan 1,700 peserta terdiri daripada guru, ibu bapa, murid serta kesatuan dan persatuan di seluruh negara dalam pelbagai sesi yang diadakan.

Menerusi sesi tersebut, beliau menjelaskan bahawa ada guru yang terpaksa menghabiskan banyak masa berada di sekolah bagi memastikan sukatan pelajaran dihabiskan secepat mungkin. Setelah itu, para pelajar akan ‘digilap’ menerusi latih tubi UPSR.

Untuk tujuan itu juga, ada guru-guru yang terpaksa mencuri waktu mata pelajaran lain yang bukan subjek teras semata-mata ingin memberi tumpuan lebih kepada murid-murid dalam membuat persiapan UPSR. Situasi ini sekali gus menyebabkan penyampaian pelajaran oleh guru-guru di sekolah menjadi kurang daya kreativiti.

Dalam pada itu, ada segelintir ibu bapa yang bimbang mengenai pretasi anak-anak mereka sekiranya UPSR masih diteruskan. Malah ada ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen seawal tahun 1 semata-mata ingin melihat anak mereka berjaya dalam UPSR.

“Jika difikirkan semula, UPSR hanyalah ‘tiket’ untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Jadi, memandangkan penilaian PKSK dilaksanakan tahun lepas, UPSR perlu dimansuhkan setelah dikaji satu per empat murid tahun 6 telah menduduki ujian itu pada tahun 2020,”

“PT3 dibatalkan tahun ini berikutan penularan COVID-19 namun pentaksiran ini kekal dalam sistem pentaksiran kebangsaan,” ulasnya lagi.

Masa UPSR inilah rata-rata ibu bapa akan berjanji sekiranya kita mendapat keputusan yang cemerlang atau 5A, ada habuan lumayan yang akan diberikan seperti adik ini.

Pelajar Cemerlang UPSR Ini Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu Bapanya

Pernah Dapat 5A UPSR, Pavithra Kongsi Kisah Sedih Terpaksa Berhenti Sekolah Menengah

KPM Umum UPSR Dan PT3 Dibatalkan Untuk Tahun Ini

 



KPM Umum UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun Ini, PT3 2021 Dibatalkan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo