Artikel Terkini

Krisis COVID-19 bawa perubahan jangka panjang kepada kewangan berstruktur – Moodys

Krisis COVID-19 bawa perubahan jangka panjang kepada kewangan berstruktur - Moodys 1

Krisis COVID-19 bawa perubahan jangka panjang kepada kewangan berstruktur - Moodys 2

Krisis COVID-19 bawa perubahan jangka panjang kepada kewangan berstruktur - Moodys 3

KUALA LUMPUR: Krisis COVID-19 membawa perubahan jangka panjang kepada kewangan berstruktur di seluruh dunia, mengubah profil risiko kebanyakan kelas aset kerana kesan campur tangan kerajaan, perubahan tingkah laku dan perkembangan lain, kata Moody’s Investors Service hari ini.

Naib Presiden dan Penganalisis Penyelidikan Kanan Moody’s, Frank Cerveny berkata kesan jangka panjang termasuk pertumbuhan yang lebih perlahan di banyak negara, produktiviti lebih rendah dan pengangguran jangka panjang lebih tinggi dengan implikasi negatif untuk urus niaga kewangan berstruktur, terutama perniagaan yang terjejas akibat penularan COVID-19 seperti pelancongan, penerbangan dan peruncitan.

“Kadar faedah yang sangat rendah akan menyokong prestasi cagaran di sektor kewangan berstruktur, ia juga mendapat keuntungan daripada keadaan pinjaman yang baik tetapi kadar rendah juga menyebabkan aktiviti memburu hasil akan berterusan sehingga melemahkan kualiti kredit sekuriti hutang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Moody’s hari ini mengeluarkan laporan bertajuk ‘Coronavirus pandemic will accelerate and reshape credit trends in structured finance‘ (Pandemik koronavirus akan mempercepatkan dan mengubah trend kredit dalam kewangan berstruktur).

Agensi penarafan itu berkata campur tangan kerajaan, seperti pembayaran atau kemuflisan, pinjaman kecemasan jaminan kerajaan dan lain-lain bantuan kerajaan, terutama dalam sektor penting yang munkin akan berlaku pada masa depan berikutan keadaan ketika ini.

Ia akan mengubah profil risiko urus niaga kewangan berstruktur di kebanyakan kelas aset melalui kesan yang menguntungkan secara serta-merta tetapi ia akan melibatkan kos jangka panjang untuk penanggung obligasi dan meningkatkan risiko pembiayaan semula bagi beberapa tahun akan datang, katanya.

Moody berkata kesedaran mengenai alam sekitar dan sosial yang semakin meningkat akan menjejaskan perjalanan di peringkat antarabangsa dengan implikasi negatif terutama untuk urus niaga kewangan berstruktur yang terdedah termasuk sektor perhotelan dan penerbangan.

Fokus kepada isu-isu alam sekitar juga akan mempercepatkan transformasi sektor automotif dengan implikasi campuran untuk prestasi sekuriti bersandarkan aset (ABS).

Sekuriti bersandarkan gadai janji kediaman (RMBS), sekuriti bersandarkan gadai janji komersial dan bon yang dilindungi akan semakin terdedah kepada penalti pengawalseliaan untuk kecekapan tenaga yang lemah bagi bangunan sedia ada.

Pengembangan jaringan keselamatan sosial adalah faktor positif bagi pengguna ABS, RMBS manakala negatif untuk beberapa beberapa pensekuritian korporat sementara pemilihan aset akan mengambil kira perkara berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, berubah daripada saringan negatif kepada pemilihan proaktif.

— BERNAMA



Krisis COVID-19 bawa perubahan jangka panjang kepada kewangan berstruktur - Moodys 2

Source link